>المصدر<


[
لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان]
link postingan asal bayan


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
25 - 12 - 1436 هـ
08 - 10 - 2015 مـ
09:46 صباحاً
ــــــــــــــــــــــ


محرمٌ في كتاب الله قتل المرتدّ عن الإسلام وقتل الكافر الذي لا يحاربكم في دينكم، فاتقوا الله واسمعوا وأطيعوا ..

Larangan dalam Kitabullah untuk membunuh orang yang murtad dari Islam, juga larangan membunuh orang kafir yang tidak memerangi kalian dalam agama kalian, maka bertakwalah kalian kepada Allah, dengar dan taatlah..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على محمدٍ رسول الله وجميع المؤمنين يا أيها الذين آمنوا صلّوا عليه وسلّموا تسليماً، أمّا بعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas Muhammad Rasulullah dan seluruh mukminin, wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kalian ke atas Nabi SAW dan sampaikanlah salam penghormatan yang sempurna, selanjutnya..


ويا معشر علماء الأمّة، إنّ قتل النفس بغير حقٍّ جُرمها في الكتاب فكأنّما قتل الناس جميعاً، فاتقوا الله ولا تحبطوا أنفسكم بالفتوى الباطلة فيغضب الله عليكم ويلعنكم لعناً كبيراً. وإنّني الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني أُشهد الله وكفى بالله شهيداً أنّي لا أجد في كتاب الله القرآن العظيم أنّ الله جوّز لكم قتل من يرتدّ عن الإسلام، فكيف تخالفون حكم الله في قوله تعالى:
{وَقُلِ الْحَقُّ مِنْ رَبِّكُمْ ۖ فَمَنْ شَاءَ فَلْيُؤْمِنْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيَكْفُرْ} صدق الله العظيم [الكهف:29]؟
وكيف تخالفون حكم الله في محكم كتابه:
{إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ ﴿٢٧﴾ لِمَنْ شَاءَ مِنْكُمْ أَنْ يَسْتَقِيمَ ﴿٢٨﴾} صدق الله العظيم [التكوير]؟
وكيف تخالفون حكم الله في محكم كتابه: {لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ} صدق الله العظيم [البقرة:256]؟

Wahai sekalian ulama umat, sesungguhnya membunuh orang tanpa alasan yang benar itu merupakan jenayah dalam Kitabullah, seakan-akan membunuh manusia seluruhnya, maka bertakwalah kepada Allah, janganlah kalian berbuat salah terhadap diri kalian sendiri dengan fatwa batil, kerana Allah murka dan mengutuk kalian dengan kutukan laknat yang besar.

Sesungguhnya aku adalah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku bersaksikan Allah dan cukuplah Allah sebagai saksi, bahawa aku tidak menemukan dalam Kitabullah Al-Qur'an yang agung, yang menyatakan bahawa Allah telah memberi keizinan kepada kalian untuk membunuh orang yang murtad (keluar) dari Islam, lalu bagaimana kalian ini menyalahi hukum keputusan Allah pada firman-Nya Ta'ala:

Dan katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; maka Barangsiapa yang ingin [beriman] hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin [kafir] biarlah ia kafir".
Maha Benar Allah
[Al-Kahfi]
?

Bagaimana kalian sampai menyalahi hukum keputusan Allah pada muhkam Kitab-Nya:

Al Qur’an itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (27) [yaitu] bagi siapa di antara kamu yang mau menempuh jalan yang lurus. (28)
Maha Benar Allah
[At-Takwiir]
?

Bagaimana kalian ini dapat berbuat sesuatu yang bertentangan dengan hukum keputusan Allah dalam muhkam Kitab-Nya Al-Qur'an:

Tidak ada paksaan untuk [memasuki] agama [Islam]
Maha Benar Allah
[Al-Baqarah]
?



فوالله ثم والله إنّ كثيراً من الأحكام في دين الإسلام صارت من حُكْمِ الشيطان الموضوع المفترى وليست من حُكْمِ الله أرحم الراحمين، فمن كان من علماء المسلمين فيه ذرّة رجولةٍ فليكشف عن لثام وجهه ويتقدم باسمه وصورته في موقعنا لحوار حكم المرتد عن الإسلام وحكم قتل الكافر الذي لم يحارب المسلمين في دينهم وفي حكم حرية العقيدة في العبوديّة. تصديقاً لقول الله تعالى:
{قُلِ اللَّـهَ أَعْبُدُ مُخْلِصًا لَهُ دِينِي ﴿١٤﴾فَاعْبُدُوا مَا شِئْتُمْ مِنْ دُونِهِ} صدق الله العظيم [الزمر:14-15].

Maka sesungguhnya demi Allah, demi Allah, kebanyakan dari hukum hakam dalam agama Islam telah menjadi hukum syaitan yang palsu dan diada-adakan, kebanyakan darinya bukan merupakan hukum keputusan Allah Yang Paling Penyayang dari sekalian yang menyayangi.

Oleh itu, barangsiapa dari kalangan alim-ulama kaum muslimin yang mempunyai sebesar zarah dari keberanian, maka hendaklah dia membuka penutup wajahnya lalu tampil dengan nama dan gambarnya yang sebenar di website kami, untuk berhiwar mengenai hukum bagi orang yang murtad dari Islam, dan hukum membunuh orang kafir yang tidak memerangi kaum muslimin dalam agama mereka, juga hukum kebebasan pegangan akidah kepercayaan dalam penyembahan dan peribadatan.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Katakanlah: "Hanya Allah saja Yang aku sembah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam [menjalankan] agamaku". (14)

Maka sembahlah olehmu [hai orang-orang musyrik] apa yang kamu kehendaki selain Dia

Maha Benar Allah
[Az-Zumar]


ويا معشر علماء الأمّة، والله الذي لا إله غيره لا نجاة لكم مما أنتم فيه إلا الفرار إلى تطبيق أحكام الله بالحقّ تستنبطونها من محكم كتابه بالحقّ من غير ظلمٍ مثقال ذرةٍ، وأما أحكامكم اليوم فأغلبها جاءتكم من عند الشيطان الرجيم على شكل أحاديثَ ورواياتٍ موضوعةٍ، فبرغم أنّي مؤمنٌ بأنّ الأحاديث النّبويّة الحقّ هي من عند الله إلا ما خالف منها لمحكم القرآن فهي جاءتكم من عند غير الله؛ أي من عند الشيطان الرجيم، فهل يرضيكم أن تعتصموا بأحكام الشيطان الرجيم وتذرون حكم الله أرحم الراحمين! فمن يجركم من عذابٍ عظيمٍ؟

Wahai sekalian ulama umat, demi Allah tiada tuhan selain-Nya, tiada keselamatan bagi kalian dari apa-apa yang kalian perbuat kecuali lari (bersegera) untuk melaksanakan dan menerapkan hukum hakam Allah dengan kebenaran, yang mana kalian mengeluarkan hukum hakam itu dari muhkam Kitab-Nya dengan kebenaran tanpa ada kezaliman sebesar zarah pun.

Adapun hukum hakam kalian pada masa kini, maka kebanyakan darinya datang kepada kalian dari sisi syaitan yang direjam, dalam bentuk hadits-hadits dan riwayat-riwayat palsu, meskipun aku percaya bahawa hadits-hadits Nabawiyah yang haq itu datangnya dari sisi Allah, kecuali hadits atau riwayat yang bertentangan dengan muhkam Al-Qur'an, kerana ianya datang dari sisi selain Allah; yakni dari sisi syaitan yang direjam.

Adakah kalian redha berpegang teguh dengan hukum hakam syaitan yang direjam dengan meninggalkan hukum keputusan Allah Yang Paling Penyayang dari semua yang menyayangi! Lalu siapakah yang dapat menyelamatkan kalian dari azab seksaan yang dahsyat
?



ومِن أعظم الإجرام في حقّ أنفسكم أن تقولوا على الله ما لا تعلمون، فمن كان يرى نفسه رجلاً ذا علمٍ ملجمٍ للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني فليكشف القناع عن وجهه ويقوم بتنزيل صورته واسمه الحقّ، وإذا لم أخرس لسانه بمنطق الله في محكم القرآن العظيم فهنا أصبحتُ كذاباً ولستُ المهديّ المنتظَر صاحب علم الكتاب، وما كان للحقّ أن يبعثه الله متّبعاً لأهوائكم.

Antara sebesar-besar kesalahan dan jenayah pada hak diri kalian sendiri adalah sekiranya kalian mengatakan terhadap Allah pada perkara yang kalian tidak mengetahuinya, maka sesiapa yang melihat dirinya empunya ilmu pengetahuan yang dapat membungkam Al-Imam Al-mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, hendaklah dia membuka topeng wajahnya dan memuat naik (upload) gambarnya dan menyatakan namanya yang sebenar.

Jika sekiranya aku tidak dapat membungkam lisannya dengan kalam Allah pada muhkam Al-Qur'an yang agung, maka disini, jadilah aku sebagai seorang pendusta dan aku bukan Al-Mahdi Al-Muntazhar yang empunya ilmu pengetahuan Kitabullah, tiadalah kebenaran itu diutus oleh Allah untuk mengikuti keinginan dan hawa nafsu kalian.



ووصل عمر الدعوة المهديّة إلى نهاية عامها الحادي عشر وأنتم لا تزالون معرضين عن حكم الله! فإلى ماذا تريدونني أدعوكم للاحتكام إليه؟ فوالله ثم والله لو لبثتُ فيكم ألف عامٍ لما تزحزحت عن دعوتكم للاحتكام إلى القرآن العظيم رسالة الله إلى الثقلين المحفوظ من التحريف والتزييف، اللهم قد بلغت اللهم فاشهد..

Seruan dakwah Al-Mahdi telah sampai kepada penghujung tahunnya yang ke sebelas, sedang kalian masih tetap berpaling dari hukum keputusan Allah! Kepada apakah kalian inginkan aku seru kalian untuk kembali berhukum dengannya
?

Maka demi Allah, demi Allah, walaupun sekiranya aku tetap tinggal hidup bersama kalian seribu tahun sekalipun, nescaya aku tidak akan beralih arah dan mengalah dari seruan dakwahku kepada kalian untuk kembali berhukum dengan Al-Qur'an yang agung, Risalah Allah yang terjaga dan terpelihara dari sebarang perubahan dan pemalsuan untuk golongan jinn dan manusia.

Ya Allah sesungguhnya aku telah menyampaikan kepada mereka, maka saksikanlah..



فبلّغوا بياني يا معشر الأنصار السابقين الأخيار ولا تهنوا ولا تستكينوا بسبب التكذيب بل معذرةً إلى ربكم ولعلهم يتقون، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Sampaikanlah oleh kalian akan bayan keteranganku ini wahai sekalian anshar pendahulu yang terbaik, janganlah kalian lemah dan menyerah disebabkan pendustaan mereka, bahkan supaya kalian mempunyai alasan (untuk melepaskan diri dari bersalah) kepada Tuhan kalian, mudah-mudahan mereka bertakwa kepada Allah, salam sejahtera ke atas para utusan dan segala pujian hanya bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Sekalian Alam..


الداعي إلى سبيل الله على بصيرةٍ من ربّه الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Penyeru ke Jalan Allah dengan hujjah yang nyata dari Tuhannya

Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani


ـــــــــــــــــ



sumber:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?t=24406