>المصدر<

[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــان ]
Ikuti link postingan asal keterangan



الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
30 - 08- 1436 هـ
17 - 06 - 2015 مـ
04:21 صباحاً
ـــــــــــــــــ




عاجـــــــــل :
رمضانٌ مباركٌ على جميع المسلمين في العالمين فتوبوا إلى الله متاباً أيّها المؤمنون لعلكم تفلحون، وأجيبوا داعي الحقّ ..

Urgent:
Semoga Ramadhan yang penuh keberkahan atas kaum muslimin di seluruh dunia, bertaubatlah kalian semua kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya wahai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kalian beruntung dan mendapatkan kemenangan, sambutlah kalian semua akan seruan dari sang penyeru kebenaran..


بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله من الجنّ والإنس من أوّلهم إلى خاتمهم محمد رسول الله بالقرآن العظيم رحمة للعالمين، يا أيها الذين آمنوا صلّوا عليه وعلى كافة الأنبياء والمرسلين وسلّموا تسليماً لا نفرّق بين أحدٍ من رسله ونحن له مسلمون، أمّا بعد..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas para Nabi Allah dan Rasul-Nya dari kalangan jinn dan manusia, dari yang pertama hingga ke Penutup mereka Muhammad Rasulullah SAW, yang diutus dengan wahyu Al-Qur'an sebagai rahmat buat sekalian alam.

Wahai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kalian semua ke atas Muhammad Rasulullah, dan ke atas seluruh para Nabi dan Rasul, serta sampaikanlah salam penghormatan kalian untuk mereka, kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun dari kalangan utusan Allah, dan kami adalah orang-orang muslim yang berserah diri hanya kepada Allah
ammaa ba'd..



سلام الله عليكم ورحمة الله وبركاته أحبتي الأنصار السابقين الأخيار في عصر الحوار من قبل الظهور من مختلف الأقطار العربيّة والإسلاميّة، وسلام الله على جميع المسلمين في العالمين، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Semoga salam kesejahteraan dari Allah tetap ke atas kalian, beserta rahmat-Nya dan keberkahan-Nya wahai para kekasihku Anshar Pendahulu Terbaik di era hiwar sebelum muncul, dari pelbagai negara arab dan negara umat Islam.

Semoga salam kesejahteraan dari Allah tetap ke atas kaum muslimin di seluruh dunia, salam sejahtera ke atas seluruh Rasul Allah, dan segala pujian hanya layak bagi Allah Tuhan Semesta Alam..



ويا معشر المسلمين، رمضانٌ مباركٌ علينا وعلى جميع المسلمين في العالمين، فاستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم، واعلموا أنّ الله حرّم عليكم التّفرق في دين الله الإسلام، ونهاكم الله -وأنتم تعلمون- أن تفرّقوا دينكم شيعاً وأحزاباً وكلّ حزبٍ بما لديهم فرحون. تصديقاً لقول الله تعالى:
{إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ} صدق الله العظيم [الأنعام:159].

Wahai sekalian kaum muslimin, semoga Ramadhan yang penuh berkah ke atas kami dan ke atas seluruh kaum muslimin di dunia, sambutlah dan penuhilah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, ketahuilah kalian semua bahawasanya Allah telah mengharamkan ke atas kalian berpecah belah di dalam agama Allah Islam.

Allah telah melarang kalian -padahal kalian mengetahuinya- dari berpecah-belah dalam agama kalian menjadi berkelompok-kelompok, bergolongan-golongan dan berpuak-puak, yang mana setiap pihak merasa suka dan bangga dengan apa yang ada pada mereka.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Sesungguhnya orang-orang yang memecah belah agamanya dan mereka [terpecah] menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikitpun tanggung jawabmu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah [terserah] kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka perbuat. (159)

Maha Benar Allah
[Al-An'aam]



وما ينبغي للإمام المهديّ الحقّ من ربّكم أن يبعثه متحزِّباً إلى أيٍّ من أحزابكم وطوائفكم، فبماذا تفرحون؟ فوالله الذي لا إله غيره إنّ أكثر ما أنتم عليه باطلٌ مخالفٌ لمحكم القرآن العظيم إلا قليلاً!

Tiadalah layak bagi Al-Imam Al-Mahdi yang hak dari Tuhan kalian untuk diutuskan buat menyebelahi mana-mana pihak dari kelompok-kelompok kalian dan golongan-golongan kalian, lalu dengan apa pula kalian dapat berbangga
?

Demi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia, sesungguhnya banyak perkara yang ada pada kalian dan yang kalian perjuangkannya adalah batil, kerana ianya bertentangan dengan Muhkam Al-Qur'an melainkan hanya sedikit sekali
!


ويا معشر المسلمين، لماذا تسعون إلى تحقيق أهداف أعداء الإسلام بتفرّق أمّتكم إلى شيعٍ وأحزابٍ متناحرين على السلطة، وتبغونها باسم الدين، وتسفكون دماء بعضكم بعضاً، وكلٌّ منكم يزعم أنه على الحقّ وأن من قُتل في صفّه فهو شهيدٌ، وكأنّ مفاتيح الجنة بأيديكم! والله أعلم بخفايا صدوركم ويعلم إسراركم، فاتقوا الله وكونوا عباد الله إخواناً.

Wahai sekalian kaum muslimin, mengapa kalian berusaha ke arah merealisasikan cita-cita dan tujuan musuh-musuh Islam, dengan memecah-belahkan umat dan bangsa kalian menjadi bergolongan-golongan, terpecah menjadi kelompok-kelompok saling merebutkan kekuasaan.

Lalu kalian menghendaki kekuasaan itu dengan mengatasnamakan agama, hingga sebahagian kalian sanggup menumpahkan darah membunuh sebahagian yang lain, yang mana setiap dari kalian mengaku bahawa dialah yang berada di atas kebenaran, hinggakan masing-masing dari kalian menyatakan bahawa sesiapa yang terbunuh dalam barisannya, maka orang itu mati syahid, seolah-olah kunci-kunci Syurga itu berada di tangan kalian
!

Allah lebih mengetahui apa yang tersembunyi di dalam hati kalian, dan Dia Maha Mengetahui segala rahasia kalian, maka bertakwalah kalian kepada Allah, merasa takutlah kalian terhadap-Nya, jadilah kalian semua sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.


فكيف تجعلون العالَم يتفرّجُ عليكم وأنتم تسفكون دماء بعضكم بعضاً ويحرق بعضكم بعضاً؟ فأين أُخوة الدين فيكم؟ وأين الرحمة في قلوبكم يا من ابتعثكم الله برسالة القرآن العظيم رحمةً للعالمين! بل نفَّرتُم العالَم عن دين الإسلام وشوّهتم دين الله في نظر العالمين، فيقول أعداء الدين والمسلمين للعالمين: "فانظروا إلى سماحة دين الإسلام الذي يتشدق به المسلمون كيف أنهم يحرقون بعضهم بعضاً بالنار ويسفكون دماء بعضهم بعضاً ويذبحون رقاب بعضهم بعضاً، فهل هذا دين الحقّ والرحمة للعالمين الذي يزعم المسلمون أنّه رحمةٌ للعالمين؟". فمن ثمّ ينفر الناس من الإسلام والمسلمين بسبب تصرفاتكم الضالّة الإجراميّة البعيدة كل البعد عن تعاليم دين الله الإسلام الرحمة للعالمين. فاستجيبوا للإمام المهديّ ناصر محمد اليماني الذي يدعوكم إلى الله ليحكم بينكم فيما كنتم فيه تختلفون في الدين الإسلاميّ الحنيف، وما علينا إلا أن نستنبط لكم حكم الله فيما كنتم فيه تختلفون فنأتي بالحقّ من محكم القرآن العظيم ونهيمن عليكم أجمعين بسلطان العلم المبين.

Bagaimana kalian dapat membuat dunia tenteram memerhatikan kalian, sedang kalian saling menumpahkan darah bunuh membunuh, bakar membakar antara satu sama lain? Mana persaudaraan dalam agama yang ada pada kalian? Mana rahmat kasih sayang dalam hati kalian wahai umat yang Allah utus dengan risalah Al-Qur'an yang agung sebagai rahmat untuk seluruh dunia
!

Bahkan kalian telah membuatkan dunia merasa tidak senang dan menjauhkan diri dari agama Islam, kalian telah merosak citra, persepsi dan tanggapan terhadap agama Allah pada pandangan umat seluruh dunia, hinggakan musuh agama dan musuh kaum muslimin mengatakan kepada dunia:

"Lihatlah keunggulan agama Islam yang digembar-gemburkan oleh orang-orang muslim, bagaimana mereka saling bakar membakar dengan api antara satu sama lain, saling menumpahkan darah bunuh membunuh sesama mereka, saling sembelih menyembelih leher antara satu sama lain, inikah yang dikatakan sebagai agama yang benar, agama yang membawa rahmat ke seluruh alam, sebagaimana yang diakui oleh orang-orang Islam bahawa agama Islam adalah rahmat buat seisi alam
?".

Lalu manusia melarikan diri dari agama Islam dan menjauh dari kaum muslimin, disebabkan oleh perbuatan dan tingkah laku kalian yang menyimpang lagi penuh dosa, yang benar-benar jauh dari ajaran dan tuntunan agama Allah Islam yang merupakan rahmat untuk semua.

Maka penuhi dan sambutlah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, yang menyeru kalian menuju keredhaan Allah, agar Al-Mahdi memberikan hukum keputusan antara kalian, mengenai semua perkara yang kalian perselisihkan dalam agama Islam yang lurus ini.

Tiadalah yang menjadi kewajiban bagi kami, selain buat mengeluarkan dan menetapkan hukum keputusan Allah untuk kalian, pada segala perkara yang kalian perselisihkan, maka kami datangkan keputusan dengan kebenaran dari Muhkam Al-Qur'an yang agung, lalu kami ungguli dan kuasai kalian semua dengan bukti ilmu pengetahuan yang nyata.


وصار عمر الدعوة المهديّة العالميّة متجاوزاً لمنتصف السنة الحادية عشر لعامكم هذا 1436 للهجرة ونحن لا نزال ندعو علماء المسلمين وقاداتهم إلى الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم لنفي التعدديّة المذهبيّة في دين الله ونفي تعدد الأحزاب السياسيّة في دستور المسلمين، ولا نحرّم الحزب السياسيّ الواحد في الدولة الواحدة ولا نحرّم الانتخابات الدستوريّة من قِبَل الشعوب، وإنما نحرّم تعدد الأحزاب السياسيّة في الدولة الواحدة كون ذلك يسبب العداوة والبغضاء في الشعب الواحد ويسبب سفك دماء العباد وخراب البلاد. وعلى سبيل المثال فما يضيركم يا أهل اليمن لو أنّكم نفيتم كافة تعدد الأحزاب السياسيّة فجعلتموها حزباً واحداً باسم حزب الوحدة اليمانيّة وذلك بدمج كافة الأحزاب السياسيّة جميعاً إلى حزبٍ واحدٍ في الشعب الواحد وفي الدولة الواحدة وتجري الانتخابات البرلمانيّة والرئاسيّة فيفوز أصحاب الشعبيّة في شعوبهم الذين يعرفهم أهالي مناطقهم أنهم مصلحون في الأرض وليسوا من المفسدين؟ وهكذا قد يتولّى عليكم خياركم وتكفون شراركم. ولكن للأسف إنّ تعدد الأحزاب السياسيّة هي آفة الشعوب ودمار البلاد والاقتصاد، وسفكٌ لدماء العباد، وفسادٌ في الأرض كبيرٍ، وخرابٌ للديار. فاعتبروا يا أولي الأبصار واستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى القرآن العظيم الذي يحرّم عليكم تعدد الأحزاب المذهبيّة والسياسيّة في دين الله، حتى يعلم الناس أجمعون أنّ هذا القرآن العظيم هو حقٌّ أرسله الله رحمةً للعالمين. ولا أعلم بمخرجٍ للمسلمين إلا أنْ يستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى الإمام المهديّ ليحكم بينهم بما أنزل الله في محكم القرآن العظيم ثم لا يجدوا في نفوسهم حرجاً مما قضينا بينهم بالحقّ ويسلّموا تسليماً. وأمّا الاحتكام إلى الأمم المتحدة فلن يوفقهم الله في شيء ولن يزيدهم إلا نكالاً. ومن أحسن من الله حكماً لقوم يؤمنون! وقد سبق وأن حذّرناكم من قبل عددٍ من السنين أنّكم إذا لم تستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم فإنّ الله قد يعذّبكم بعذابٍ الدرجة الثالثة فيذيقَ بعضكم بأس بعضٍ ثم لا تنتصرون حتى تسلّموا لدعوة الحقّ تسليماً.

Tempoh seruan dakwah antarabangsa Al-Mahdi telah melepasi pertengahan tahun yang kesebelas bagi tahun 1436 Hijriyah kalian ini, kami masih tetap terus menyeru kepada para ulama cendikiawan muslim, dan juga kepada para pemimpin mereka, untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung.

Kami menolak berbilang-bilang mazhab dalam agama Allah, kami juga menafikan berbilang-bilang partai politik dalam sistem perlembagaan dan perundangan kaum muslimin, kami tidak melarang adanya satu partai politik dalam satu negara (daulah), kami juga tidak melarang adanya pilihanraya perlembagaan oleh rakyat.

Sesungguhnya perkara yang kami larang hanyalah adanya berbilang-bilang partai politik dalam satu negara, kerana itulah yang menyebabkan terjadinya permusuhan dan kebencian pada satu bangsa, sehingga menyebabkan terjadinya pertumpahan darah dan kehancuran negara.

Sebagai contoh misalnya:

"Apakah yang membahayakan kalian wahai penduduk Yaman, jika sekiranya kalian menafikan seluruh partai politik yang berbeza-beza lalu kalian menjadikannya hanya ada satu partai kesatuan rakyat Yaman, demikian ini dengan memasukkan dan menggabungkan seluruh partai politik agar menjadi hanya satu partai pada satu bangsa dalam satu negara.

Kemudian pilihanraya berparlimen menentukan pemilihan presiden dilaksanakan, lalu mereka yang menjadi pilihan rakyat akan menang dipilih oleh rakyat mereka, yakni orang-orang terpilih yang rakyat daerah mereka kenal dan tahu, bahawa mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan di muka bumi, dan mereka bukanlah termasuk kalangan orang-orang yang berbuat kerosakan
?"

Seperti inilah kemungkinan terpilihnya orang pilihan yang akan menjadi penguasa kalian, dan kalian dapat mengakhiri kedengkian dan kebencian kalian.

Akan tetapi betapa malangnya, sesungguhnya berbilang-bilang partai politik adalah wabah penyakit dan kutukan bagi rakyat, yang membawa kepada keruntuhan bagi negara dan ekonomi, menyebabkan terjadinya pertumpahan darah hamba-hamba Allah, yang membawa kepada kerosakan besar di muka bumi dan kehancuran bagi sesebuah negara.

Maka ambillah sebagai i'tibar untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran wahai orang-orang yang punyai mata hati, punyai visi dan pandangan serta wawasan, sambutlah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, yang mengharamkan atas kalian berbilang-bilang mazhab dan partai politik dalam agama Allah, supaya semua manusia tahu bahawa Al-Qur'an yang agung ini benar-benar diutus oleh Allah sebagai rahmat untuk seluruh dunia.

Aku tidak tahu ada jalan penyelesaian bagi kaum muslimin melainkan mereka menyambut dan memenuhi seruan dakwah, untuk berhukum dengan hukum keputusan yang ditetapkan oleh Al-Imam Al-Mahdi, agar Al-Mahdi yang memutuskan antara mereka dengan wahyu yang diturunkan Allah pada Muhkam Al-Qur'an yang agung, lalu kemudian mereka tidak mendapati adanya kesempitan di dalam dada mereka terhadap hukum keputusan yang telah kami tetapkan antara mereka dengan kebenaran, hingga mereka semua menyerah dengan sepenuh hati terhadap hukum keputusan itu.

Adapun kembali berhukum dengan hukum keputusan PBB, maka Allah sama sekali tidak akan memberi kemenangan buat mereka, dan Allah tidak akan menambahkan bagi mereka kecuali azab seksaan.

Siapakah yang lebih baik dari Allah sebagai pembuat hukum keputusan untuk kaum yang beriman
!

Sesungguhnya kami telah memperingatkan kalian beberapa tahun lalu, bahawa sekiranya kalian tidak penuhi dan menyambut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, maka sesungguhnya Allah mungkin akan mengazab kalian dengan azab seksaan tingkat ketiga, dengan membuat kalian merasakan kejahatan dan keganasan oleh sebahagian kalian terhadap sebahagian yang lain, lalu kemudian kalian tidak akan mendapatkan kemenangan, sehinggalah kalian menyerah sepenuhnya untuk menjawab dan memenuhi seruan kebenaran ini dengan sebenar-benarnya.


ويا أهل اليمن، اتقوا الله وكونوا أوّل من يستجيب لدعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم حتى تنظروا إلى حكم الإمام ناصر محمد اليماني؛ أصدقَ أم كان من الكاذبين؟ فتعلموا هل حقّاً يستطيع أن يحكم بين طوائفكم المذهبيّة وأحزابكم السياسيّة بحكم الله يستنبطه لكم من محكم القرآن العظيم؟ وإذا لم يستطِع ناصر محمد اليماني أن يهيمن عليكم بسلطان العلم من محكم القرآن العظيم فلستُ المهديّ المنتظَر ناصر محمدٍ، فذلك بيني وبينكم فلكل دعوى برهانٌ، وأُشهد الله وكفى بالله شهيداً أنّني الإمام المهديّ ناصرَ محمدٍ اليماني لا أسعى إلى السلطة باسم الدين وإني لها لمن الكارهين. ويا عجبي ممن يفرحون بالتسلّط على الناس وهم يعلمون أنّهم عن رعيتهم لمسؤولون يوم يقوم الناس لربّ العالمين! فوالله إنّ السلطة على الشعوب هَمٌ وغَمٌ وليست مغنماً، فمن لم يحكم بالعدل في شعبه فيا ويله من ربّه يوم يقوم الناس لربّ العالمين فيقول ما أغنى عنّي ماليه هلك عني سلطانيه، فهل تؤمنون بالموت يا معشر قادات العرب والمسلمين؟ وهل تفكّرتم كيف يكون مصيركم من بعد موتكم فهل إلى النعيم أم إلى الجحيم إذ لم تحكموا بما أنزل الله؟ ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون لأنفسهم ولشعوبهم. وما أرسل الله هذا القرآن العظيم إلا دستور رحمةٍ للعالمين، ولكن لم يبقَ من الإسلام إلا اسمه ومن القرآن إلا رسمه إلا من رحم ربّي واستجاب لدعوة الحقّ تلك دعوة الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني رحمةً للعالمين الذي يحرص على المسلمين والكافرين، ونريد أن نجعل البشر أمّةً واحدةً رحماء بينهم، ويعلمون أجمعون أنهم إخوة في الدّم من حواء وآدم كون البشر أجمعين على رجلٍ وامرأةٍ ذلكم أبويكم آدم وحواء عليهم الصلاة والسلام.

Wahai penduduk Yaman, bertakwalah kalian kepada Allah, merasa takutlah terhadap-Nya, jadilah kalian semua sebagai orang-orang yang pertama sekali menyahut seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, supaya kalian memerhatikan hukum keputusan Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani; adakah dia benar atau dia hanya kalangan pendusta
?

Supaya kalian mengetahui adakah dia benar-benar mampu memutuskan antara kelompok-kelompok mazhab dan golongan-golongan partai politik kalian, dengan hukum keputusan Allah yang dikeluarkannya untuk kalian dari Muhkam Al-Qur'an yang agung
?

Jika sekiranya Naser Mohammed Al-Yamani tidak mampu mengalahkan dan mengungguli atas kalian dengan bukti ilmu pengetahuan dari Muhkam Al-Qur'an yang agung, maka aku bukanlah Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed (pembela Muhammad SAW), demikianlah antara aku dan kalian kerana setiap dakwaan perlu ada bukti.

Aku bersaksikan Allah dan cukuplah Allah sebagai saksi, bahawa sesungguhnya akulah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, aku tidak berusaha mendapatkan kekuasaan atas nama agama, sungguh aku benar-benar tidak menyukainya.

Betapa mengherankanku terhadap orang-orang yang suka dan bangga dengan penguasaan mereka terhadap manusia, padahal mereka tahu bahawa mereka akan ditanya dan dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinan mereka pada hari berdirinya manusia menghadap Tuhan Semesta Alam!

Demi Allah, sesungguhnya kekuasaan memerintah rakyat adalah kebimbangan, kesusahan dan kekecewaan, bukannya peluang kesempatan maupun keuntungan, kerana pemimpin yang tidak membuat hukum keputusan dengan keadilan terhadap rakyatnya, maka betapa celakanya dia, dia menerima kutukan dari Tuhannya pada hari berdirinya manusia menghadap Tuhan Semesta Alam, lalu dia akan mengatakan:

"Hartaku sama sekali tidak berguna untukku, dan telah hilang lenyap kekuasaanku daripadaku"

Maka adakah kalian percaya dengan kematian wahai sekalian pemimpin Arab dan pemimpin kaum muslimin
?

Adakah kalian ini memikirkan bagaimana nanti tempat kembali kalian setelah mati, adakah tempat kembali menuju Kenikmatan atau ke Neraka Jahim sekiranya kalian tidak berhukum dengan wahyu yang diturunkan Allah
?

Barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim terhadap diri mereka sendiri, dan mereka zalim terhadap rakyat mereka.

Tidaklah Allah menurunkan Al-Qur'an ini melainkan sebagai perundangan yang membawa rahmat untuk sekalian alam, akan tetapi tidaklah tersisa dari Islam itu kecuali namanya, dan tidaklah tersisa dari Al-Qur'an itu melainkan tulisannya, kecuali pemimpin yang mendapat rahmat dari Tuhanku, dan dia menyambut dan memenuhi seruan yang hak.

Itulah seruan dakwah Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani, seruan yang menjadi rahmat untuk seluruh dunia, yang memperhatikan dan menjaga kepentingan muslim dan non-muslim, kami ingin menjadikan manusia itu seluruhnya sebagai umat yang satu, yang saling menyayangi antara satu sama lain sesama mereka.

Demikianlah agar mereka semua mengetahui, bahawa mereka semua adalah bersaudara, yang sedarah dari Hawa dan Adam, kerana manusia semuanya berasal dari seorang lelaki dan seorang wanita, itulah ibubapa kalian Adam dan Hawa, sholawat dan salam ke atas mereka.



ألا وإنّ الإمام المهديّ المنتظَر لا يدعو البشر في الدخول في دين الإسلام كرهاً كون الله لن يتقبل منهم عبادتهم كرهاً ما لم يعبدوا الله من خالص قلوبهم، وإنما نبيّن لهم الحقّ من ربّهم فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر، وإنما علينا البلاغ وعلى الله الحساب. ولذلك جعل الله هناك من بعد الموت جنةً لمن شكر وهناك النار لمن كفر؛ سجن الله النار الكبرى لها سبعة أبوابٍ لكلّ بابٍ منهم جزءٌ مقسومٌ من المجرمين المعرضين. وما خلقكم الله عبثاً؛ بل إنكم إلى ربكم راجعون. فتفكروا في مصيركم بين يدي الله فلا تلهكم الحياة الدنيا ولا يغرّكم الأمل في طيلة العمر وحتى ولو تعمّرتم ألف سنةٍ فمن كان مصيره في النار فماذا تغني عنه متعته في الحياة الدنيا ألف عامٍ مقابل الحياة في جهنم ملايين السنين إلى ما لا نهايةٍ إلى ما شاء الله؟ فهل ترون أنفسكم قادرين على الصبر ثانية واحدة على نارٍ وقودها الحجارة! أفلا تتقون؟

Ketahuilah bahawa sesungguhnya Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar tidak mengajak manusia masuk ke dalam agama Islam dengan paksaan, kerana Allah tidak akan menerima peribadatan dari mereka yang dilakukan secara terpaksa, selagimana mereka tidak menyembah Allah dari keikhlasan hati mereka.

Sesungguhnya kita hanya akan menjelaskan kepada mereka akan kebenaran dari Tuhan mereka, maka sesiapa yang mahu menerima keimanan biarlah mereka beriman, dan sesiapa yang memilih kekafiran biarlah dia kafir, sesungguhnya kewajiban kita hanyalah menyampaikan, dan atas tanggungan Allah-lah yang memperhitungkan balasan untuk mereka.

Sebab itulah Allah telah menjadikan adanya Syurga setelah kematian bagi orang-orang yang bersyukur, dan Allah telah menjadikan adanya Neraka bagi mereka yang kufur; itulah penjara Allah berupa api Neraka yang besar, yang memiliki tujuh pintu, yang mana setiap pintunya adalah untuk golongan tertentu dari mereka yang kufur, dari kalangan penjenayah dan pendosa yang berpaling dari mengikuti kebenaran.

Tidaklah Allah ciptakan kalian ini sia-sia tanpa tujuan; bahkan kalian akan dikembalikan kepada Tuhan kalian. Maka kalian fikirkanlah ke mana tempat kalian akan dikembalikan di sisi Allah, janganlah kehidupan dunia dan harta benda kalian ini dapat memperdayakan serta melalaikan kalian sepanjang umur kehidupan ini.

Bahkan, sekalipun kalian diberi umur panjang hingga seribu tahun, maka sesiapa yang tempat kembalinya adalah Neraka, lalu apa yang berguna baginya dari kesenangannya dalam kehidupan dunia hingga seribu tahun, sekiranya dia akan menghadapi kehidupan dalam Neraka Jahannam hingga berjuta-juta tahun, selama-lamanya tanpa batas hingga sampai pada waktu yang dikehendaki oleh Allah
?

Adakah kalian berpendapat bahawa diri kalian akan mampu sabar bertahan sesaat menghadapi Neraka yang bahan bakarnya adalah batu
!

Mengapakah kalian tidak bertakwa kepada Allah, mengapa kalian tidak merasa takut terhadap-Nya
?



واعلموا أنّما هذه الحياة التي غرّتكم هي الموت كون مصيرها الموت مهما تعمّرتم؛ بل الحياة هي ما بعد الموت كونها حياة بلا موت إلى ما لا نهاية؛ فإمّا في جحيمٍ وإمّا في نعيمٍ. ولذلك قال الله تعالى:
{تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ﴿٢﴾} صدق الله العظيم [الملك]. فلماذا بدأ بالموت من قبل الحياة؟ وذلك كون هذه الحياة الدنيا هي حياة تنتهي بالموت مصيرها، ومنذ أن يُولد المولود فأوّل يومٍ ينقضي من عمره يكون إلى الموت أقرب فأقرب حتى يأتي أجله. وإنّما عباد الله في غربةٍ في حياةٍ مصيرها الموت ليبلوكم أيّكم أحسن عملاً فيجني ثمار عمله في الحياة الخالدة إلى ما لا نهايةٍ في نعيمٍ أو في الجحيم أولئك الذين أقيمت عليهم الحجّة بالحقّ من ربهم. فاتقوا الله وقوا أنفسكم وأهليكم ناراً وقودها الناس والحجارة، واعلموا أنّ الله شديد العقاب. فهل تفكرتم في رؤسائكم وملوككم الذين قضى عليهم الموت كيف يا ترى أحوالهم من بعد موتهم وهل أخذوا معهم من ملكوتهم شيئاً؟ بل يرافقهم عملهم الحسن أو السَّيِّئِ في هذه الحياة الفانيّة، فلماذا تقتلون بعضكم بعضاً من أجل شيءٍ حقيرٍ لا قيمة له فتهلكون أنفسكم وتدمّرون مستقبلكم الخالد عند مليكٍ مقتدرٍ؛ الله ربّي وربكم؟ فاتقوا الله الواحد القهار وتذكروا بأنّ سجنه النارَ ذات سبعةِ أبوابٍ، فاحذروا غضب الله يا أولي الألباب فمن ينجيكم من عذاب الله؟ أم تظنّون قتل النفس بغير الحقّ عند الله هيّنٌ كما هو هيّنٌ عند أنفسكم! هيهات هيهات وربّ الأرض والسماوات أنّ من قتل نفسٍ بغير نفسٍ أو فسادٍ في الأرض سواء تكون هذه النفس نفس مسلمٍ أو كافرٍ فكأنما قتل الناس جميعاً، فإثْم ذلك عند الله برغم أنّ السيئة في الكتاب لا يجزئ إلا مثلها إلا قتل النفس بغير حقٍّ فكأنّما قتل الناس جميعاً، فأين تذهبون يا من تسفكون دماء بعضكم بعضاً بغير الحقّ؟ بل من أجل الفوز بالسلطة ثم تزعمون أن قتلاكم شهداء في سبيل الله! هيهات هيهات إلا من رحم ربي.

Ketahuilah kalian bahawasanya kehidupan dunia yang menipu kalian ini adalah kematian, kerana destinasi akhirnya adalah maut meskipun kalian diberi umur yang panjang; bahkan kehidupan sejati itu adalah setelah kematian, kerana ianya merupakan sebuah kehidupan tanpa ada kematian selama-lamanya; sama ada kelak di Neraka Jahim atau kelak di Syurga Na'im.

Sebab itulah Allah Ta'ala berfirman:

Maha Suci Allah Yang di tangan kekuasaan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu (1)

Yang menjadikan kematian dan kehidupan, supaya Dia menguji kalian, siapa di antara kalian yang lebih baik amal perbuatannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (2)
Maha Benar Allah
[Al-Mulk]

Mengapa ia bermula dengan kematian sebelum kehidupan
?

Demikian itu kerana kehidupan dunia ini adalah hidup yang berakhir dengan mati sebagai destinasi penghujungnya, dari sejak bayi dilahirkan lagi pada hari pertama kelahirannya berlalu dari umurnya, maka bayi itu menjadi semakin dekat menuju kematiannya, dekat dan semakin dekat lagi sehinggalah ajal datang menjemputnya.

Sesungguhnya hamba-hamba Allah hanya berada dalam keterasingan di kehidupan dunia yang akhirnya adalah kematian, supaya Allah menguji kalian, siapa di antara kalian yang lebih baik amal perbuatannya. Supaya hamba-hamba Allah dapat mengumpulkan buah hasil dari amal perbuatan mereka, dalam kehidupan yang abadi kekal selama-lamanya, sama ada di dalam Syurga Kenikmatan atau Neraka Jahim, mereka itulah orang-orang yang telah ditegakkan hujjah ke atas mereka dari Tuhan mereka.

Maka bertakwalah kalian kepada Allah, merasa takutlah kalian terhadap-Nya, peliharalah diri kalian dan keluarga kalian dari api Neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, ketahuilah bahawa Allah sangat keras azab seksaan-Nya.

Adakah kalian memikirkan tentang ketua-ketua kalian, pemimpin-pemimpin kalian dan raja-raja kalian yang telah mati, bagaimana pendapatmu mengenai hal keadaan mereka setelah mengalami kematian, adakah mereka dapat membawa sesuatu bersama mereka dari kerajaan-kerajaan mereka dan empayar mereka
?

Bahkan amal perbuatan mereka jualah yang menemani mereka, sama ada amal baik atau buruk di kehidupan dunia yang fana ini, lalu mengapa kalian saling bunuh membunuh antara satu sama lain, semata-mata untuk meraih sesuatu yang rendah dan tiada nilainya, dengan membinasakan diri kalian dan meruntuhkan masa depan kalian yang abadi kekal selama-lamanya di sisi Maharaja Yang Maha Kuasa; Allah Tuhanku dan Tuhan kalian
?

Maka bertakwalah kalian kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, ingatlah bahawa sesungguhnya penjara-Nya adalah api Neraka yang memiliki tujuh pintu, berwaspadalah terhadap kemurkaan Allah wahai orang-orang yang berakal, siapakah yang akan menyelamatkan kalian dari azab seksaan Allah
?

Ataukah kalian ini menyangka bahawa membunuh manusia tanpa alasan yang benar di sisi Allah adalah perkara mudah, sebagaimana mudahnya dan entengnya perkara itu menurut kalian
!

Jauh, jauh sekali
!

Demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya barangsiapa yang membunuh manusia bukan kerana dia telah membunuh orang lain, atau bukan kerana dia telah membuat kerosakan di muka bumi, sama ada manusia itu muslim atau non-muslim, maka seakan-akan pembunuh itu telah membunuh manusia semuanya.

Dosa demikian ini di sisi Allah, meskipun kejahatan dalam Kitabullah tidak dibalas melainkan yang setimpal dengannya, kecuali kejahatan membunuh manusia tanpa alasan yang benar, kerana seolah-olah pembunuh itu telah membunuh seluruh manusia.

Jadi, ke manakah kalian akan pergi untuk melarikan diri wahai orang-orang yang saling menumpahkan darah bunuh membunuh tanpa alasan yang benar
?

Hanya semata-mata untuk menang mendapatkan kekuasaan, lalu kalian mengatakan bahawa mereka yang terbunuh dari kalangan kalian adalah para syuhada yang mati syahid di Jalan Allah
!

Jauh, jauh sekali, kecuali mereka yang dirahmati Tuhanku.



فاتق الله يا أيها الزعيم علي عبد الله صالح، واتقِ الله يا أيها السيد عبد الملك الحوثي، واتقِ الله يا أيها الملك سلمان بن عبد العزيز، واتقوا الله يا معشر الإصلاحيين والسلفيين وكافة المتحزبين المتسببين في سفك دماء المسلمين في كل دولةٍ من دويلات المسلمين، واستجيبوا لدعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم، واعلموا أنّ الشمس أدركت القمر ولذلك يكتمل البدر قبل ليلة النّصف من الشهر إذا لم يشهد الشهر أحدٌ من البشر، وذلكم تصديق شرطٍ من أشراط الساعة الكبر وآية التصديق للمهديّ المنتظَر ناصر محمد اليماني، فاتقوا الله الواحد القهار من قبل أن يسبق الليل النهار بسبب طلوع الشمس من مغربها بسبب مرور ما تسمّونه بالكوكب العاشر ذلكم كوكب سقر اللواحة للبشر من عصرٍ إلى آخر لا تأتيكم إلا بغتةً فتبهتكم، فأين تذهبون يا معشر المعرضين عن دعوة الاحتكام إلى كتاب الله القرآن العظيم والسّنة النبويّة الحقّ التي لا تخالف لمحكم القرآن العظيم؟ ولكنكم للأسف الشديد تتبعون ما يخالف لكتاب الله وسنّة رسوله الحقّ وتحسبون أنّكم مهتدون وأنتم قد ضللتم عن الصراط المستقيم، ويفتي العالِم المسلم بقتل المسلم من أجل الوصول إلى السلطة أو البقاء فيها وهو ظالم لنفسه ولأمّته، بل دين الله يأمركم بالعدل والإحسان للمسلمين والكافرين والعدل بين المسلم والكافر بالحقّ من غير ظلمٍ ولا عنصريّة ولا طائفيّة. تصديقاً لقول الله تعالى:
{فَلِذَٰلِكَ فَادْعُ ۖ وَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ ۖ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ ۖ وَقُلْ آمَنْتُ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنْ كِتَابٍ ۖ وَأُمِرْتُ لِأَعْدِلَ بَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ ۖ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ ۖ لَا حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ ۖ اللَّهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا ۖ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ} صدق الله العظيم [الشورى:15]. اللهم قد بلغت اللهم فاشهد، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Maka bertakwalah kepada Allah, merasa takutlah terhadap-Nya wahai Pemimpin Ali Abdullah Saleh, bertakwalah kepada Allah, merasa takutlah terhadap-Nya wahai Sayyid Abdul Malik Al-Houtsi, bertakwalah kepada Allah, merasa takutlah terhadap-Nya wahai Raja Salman bin Abdul Aziz, bertakwalah kepada Allah, merasa takutlah terhadap-Nya wahai sekalian para reformis, Salafi serta seluruh partisan dan gerila militan yang menyebabkan terjadinya pertumpahan darah kaum muslimin di setiap negara dari negeri-negeri kaum muslimin.

Sambutlah dan penuhilah seruan dakwah untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung, ketahuilah kalian bahawasanya matahari telah mendapatkan bulan, kerana itulah bulan penuh telah sempurna sebelum malam pertengahan dari sebulan tatkala tiada sesiapa dari kalangan manusia yang menyaksikan bulan.

Itulah pembenaran terhadap suatu pertanda dari pertanda-pertanda besar Kiamat, pertanda pembenaran untuk Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed Al-Yamani.

Maka bertakwalah kalian semua kepada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan, sebelum malam mendahului siang disebabkan terbitnya matahari dari tempat terbenamnya, yang disebabkan oleh lintasan objek langit yang kalian namakan sebagai Planet Kesepuluh, itulah Kaukab Saqar, -lawwaahatul lil bashar- yakni Saqar pembakar kulit manusia, yang datang dari suatu waktu ke waktu yang lain.

Ia tidak mendatangi kalian melainkan secara tiba-tiba dengan sekonyong-konyongnya, memeranjatkan kalian lalu membuatkan kalian panik dan kelam kabut, maka ke manakah tempat kalian akan melarikan diri wahai sekalian orang-orang yang berpaling dari seruan dakwah, untuk kembali berhukum dengan Kitabullah Al-Qur'an yang agung dan Sunnah Nabawiyah yang benar, yang tidak bertentangan dengan Muhkam Al-Qur'an yang agung
?

Akan tetapi, betapa sangat malang kalian ini mengikuti perkara yang bertentangan dengan Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya yang benar, lalu kalian menyangka bahawa kalian mendapat petunjuk, padahal kalian benar-benar telah tersesat dari Jalan Yang Lurus, hinggakan seorang muslim yang alim berfatwa untuk membunuh muslim lain, hanya semata-mata untuk mendapatkan kekuasaan atau untuk tetap kekal berkuasa, padahal dia zalim terhadap dirinya sendiri dan zalim terhadap umatnya.

Bahkan agama Allah ini memerintahkan kalian berlaku adil dan berbuat baik, kepada orang-orang muslim dan orang-orang non-muslim, adil antara muslim dan non-muslim tanpa ada sebarang kezaliman, tanpa ada rasis, tanpa sifat perkauman, tidak berpuak-puakan dan tanpa diskriminasi.

Pembenaran terhadap firman Allah Ta'ala:

Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka kepada kehidupan beragama yang betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menuruti kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada Hari Kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). (15)

Maha Benar Allah
[Asy-Syuuraa]


Ya Allah, sesungguh aku telah menyampaikan
Ya Allah, maka saksikanlah..

Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala pujian
hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..


خليفة الله في الأرض الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني.

Khalifah Allah di bumi, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

ــــــــــــــــــــــ


sumber:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?t=23088

baca terjemahan inggris:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?p=192888