>المصدر<
- 1 -
[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]
lihat postingan asal keterangan ini
الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
17 - 10 - 1435 هـ
13 - 08 - 2014 مـ
09:31 صباحاً
ــــــــــــــــــ
مزيد من حُكْمِ الإمام المهدي في القراءات السبع للقرآن العظيم..
Tambahan dari keputusan hukum Imam Mahdi
mengenai Qiraat Tujuh bagi Al-Qur'an..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة الأنبياء والمرسلين من أوّلهم إلى خاتمهم محمد رسول الله بالقرآن العربي المبين غير ذي عوجٍ بلغةٍ عربيّة واحدةٍ ولسانٍ عربيٍّ واحدٍ، أمّا بعد..
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sholawat dan salam ke atas seluruh Nabi dan Rasul dari yang pertama hinggalah Penutup Para Nabi Muhammad Rasulullah SAW, dengan wahyu Al-Qur'an dalam bahasa arab yang jelas tanpa ada sebarang kebengkokan, dengan bahasa arab yang satu dengan lisan arab yang satu,
amma ba'd..
ويا أيها المجادل عن القراءات السبع بل وتجادلنا بحقدٍ وكره بغيضٍ وظلمْتَ نفسك ظلماً عظيماً وجئت لتصدّ عن الصراط المستقيم وسوف تموت بغيظك وسوف نقيم عليك الحجّة بسلطان العلم الملجم من محكم القرآن العظيم. فلم يُفْتِنا الله فيه أنّ للقرآن سبع قراءات؛ بل أنزله بلغةٍ عربيّةٍ واحدةٍ بلسانٍ عربيٍّ غير ذي عوجٍ، ولكنّكم أصحاب اللسان المعْوج أنتم أصحاب القراءات السبع، ولا بدّ أن يكون إحداها باطلاً.
Wahai orang yang berdebat mengenai Qiraat Tujuh, bahkan engkau membantah kami dengan kedengkian dan kebencian yang menjengkelkan, engkau benar-benar telah menzalimi dirimu sendiri dan datang untuk menghalang-halangi jalan yang lurus, kelak engkau akan mati dengan membawa kemarahanmu, dan kelak kami akan tegakkan hujjah terhadapmu dengan bukti penguasaan ilmu pengetahuan yang membungkam lawan dari Muhkam Al-Qur'an yang agung.
Allah tidak menyatakan kepada kita dalam muhkam-Nya bahawa Al-Qur'an itu mempunyai tujuh macam bacaan; bahkan Allah menurunkan Al-Qur'an dengan bahasa arab yang satu dengan lisan arab yang tiada sebarang kebengkokan padanya, namun kalian yang memiliki kebengkokan lisan, kalianlah yang mempunyai tujuh bacaan, tidak boleh tidak, pasti ada salah satunya tidak sah.
ويا رجل، إنّ القرآن لسانٌ عربيٌّ مبينٌ، والسؤال الذي يطرح نفسه هو: هل للغتنا العربيّة سبع قراءاتٍ؟ ما لكم كيف تحكمون! بل القرآن هو قرآنٌ عربيٌّ مبينٌ غير ذي عوجٍ في اللسان حسب زعمكم إلى سبع قراءات. ونعم.. لقد حفظ الله أحرف القرآن من التحريف من ألسنتكم المعوجّة وإنما العوج في ألسنة المعتقدين بالقراءات السّبع، وقال الله تعالى: { قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ } صدق الله العظيم [الزمر:28].
Wahai lelaki, sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah bahasa arab yang jelas, pertanyaan yang muncul adalah: Adakah bahasa arab kita ini memiliki tujuh bacaan? Ada apa dengan kalian ini, bagaimana kalian membuat keputusan! Padahal Al-Qur'an adalah bacaan berbahasa arab yang jelas tanpa ada sebarang kebengkokan dalam lisan sebagaimana persangkaan kalian menjadi tujuh bacaan.
Pastinya ya.. sungguh Allah telah menjaga huruf-huruf Al-Qur'an dari sebarang perubahan dari kebengkokan lisan-lisan kalian, hanya sahaja kebengkokan itu adalah pada lisan-lisan orang-orang yang meyakini Qiraat Tujuh, Allah Ta'ala berfirman:
[Ialah] Al Qur’an dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan [di dalamnya] supaya mereka bertakwa. (28)
Maha Benar Allah
[Az-Zumar]
فلماذا تعوجونه بألسنتكم إلى سبع قراءاتٍ؟ وسبق حُكْمُنا بالحقّ أيَّ القراءات السبع هي القراءة الحقّ؟ وهي ما يسمّونها قراءة حفصِ؛ هي اللغة العربيّة الفصحى، وتجدونها فعلاً هي اللغة العربيّة الفصحى لكونها لساناً عربيّاً مبيناً، وإنما الاعوجاج بألسنتكم وتطبقونها على بعض كلمات القرآن كما في قراءة محمد حسين عامر -أرجو من الله له الرحمة- الذي اتّبع أهواءكم في القراءات السبع لبعض أحرف القرآن.
Mengapa pula kalian memesongkan dengan membengkokkan lisan-lisan kalian menjadi tujuh bacaan? Kami telah menyatakan sebelum ini hukum keputusan kami mana satu antara Qiraat Tujuh itu merupakan bacaan yang sebenarnya?
Ianya adalah bacaan yang mereka namakan bacaan Hafsh; Ia adalah bahasa arab fusha, dan kalian akan mendapati ianya benar-benar bahasa arab fusha kerana ianya merupakan lisan arab yang jelas, hanya sahaja kebengkokan itu adalah dengan lisan-lisan kalian, dan kalian menetapkannya terhadap beberapa kalimat Al-Qur'an seperti bacaan Mohammed Hussein Amer -aku berharap rahmat dari Allah untuknya- yang mengikuti hawa nafsu kalian dalam perkara Qiraat Tujuh bagi beberapa huruf Al-Qur'an.
وعلى سبيل المثال حرف الهاء فأنتم تعلمون أنه يُنطق (ها) في اللغة العربيّة أم إنّه ينطق هئ! وكذلك حرف الياء فأنتم تعلمون أنه يُنطق (يا) في اللغة العربيّة أم إنّه يُنطق (يئ)!
والحكم الحقّ: أنّ القرآن عربيٌّ مبينٌ ينطق حرف الهاء (ها) والياء (يا) وليس (هئ) و (يئ) كما في قراءة محمد حسين عامر للأحرف الأولى لسورة مريم كما في الرابط أدناه:
Sebagai contoh misalnya huruf Haa
(الهاء)
Kalian mengetahui bahawa ianya dibaca Haa
(ها)
dalam bahasa arab ataukah ianya dibaca Hee
(هئ)
!
Demikian juga huruf Yaa
(الياء)
Kalian tahu bahawa ianya dibaca Yaa
(يا)
dalam bahasa arab ataukah ianya dibaca Yee
(يئ)
!
Keputusan hukum yang hak:
Sesungguhnya Al-Qur'an adalah bahasa arab yang jelas, huruf Haa
(الهاء)
dibaca Haa dan huruf Yaa
(الياء)
dibaca Yaa, bukannya Hee atau Yee, sebagaimana bacaan Mohammed Hussein Amer terhadap huruf-huruf permulaan bagi Surah Maryam, seperti yang ada pada link di bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=KSVgu51LjNY
ويا رجل، أنت لا يهمك القراءات السبع وإنما يهمك التشكيك بالقرآن ولكن بطريقة فنيّة ونحن من سوف نقوم بفضحك وأمّا نحن فلن تجد ما تفضحنا به. واحترم نفسك من الألفاظ السّوقيّة ومن اليوم فمن يسبّ الإمام المهدي ناصر محمد في موقعه فنسمح للإدارة أن يؤدّبوه بالحظر من ثلاثة أيامٍ إلى عشرة أيامٍ إلى شهرٍ ثمّ يُرفع الحظر عنه، ومن عاد لسبِّ الإمام المهدي ناصر محمد من بعد ذلك في موقعه من بعد حظره ثلاث مراتٍ فهنا تجتثه الإدارة من الموقع كشجرةٍ خبيثةٍ اجتثت من فوق الأرض ما لها من قرارٍ.
Wahai lelaki, engkau tidak mementingkan Qiraat Tujuh, sesungguhnya yang engkau pentingkan hanyalah untuk mendatangkan kecurigaan terhadap Al-Qur'an, namun dengan jalan kesenian (bacaan Al-Qur'an) dan kelak kami akan menyingkap (tujuan) engkau, adapun kami ini, maka engkau tidak akan temukan sesuatu apapun untuk menyingkap kami (kerana tujuan kami jelas), maka hormatilah dirimu sendiri dari menggunakan bahasa pasar.
Mulai hari ini, sesiapa yang mengutuk dan mencelaAl-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed di websitenya, maka kami izinkan pihak administrasi untuk menghukumnya dengan melarangnya dari (masuk ke website kami) selama tiga hari hingga sepuluh hari atau sebulan, baru kemudian dia boleh masuk semula.
Sekiranya dia kembali mengutuk dan memaki Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed di website Imam setelah itu, yakni setelah dia diban sebanyak tiga kali, maka di sini pihak administrasi akan mencabut keanggotaannya dengan mengeluarkan orang itu dari website Imam, seperti pohon yang buruk yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi, dan tiadalah ia dapat menetap sedikitpun.
وعلى كل حالٍ لا نخرج عن الموضوع ونعود لجدال الذي يسمّي نفسه (لا للطائفية) وهو يدعو إلى تقسيم المؤمنين إلى سبع طوائف لكونه يُقرُّ بالقراءات السبع المختلفة! وكذلك ينفي سنّة النَّبيّ لبيان بعض آيات القرآن. ويا رجل، إنما أحاديث النَّبيّ -صلّى الله عليه وآله وسلم- تزيد القرآن توضيحاً وبياناً وكلٌّ من عند الله وما ينطق النَّبيّ عن الهوى في دين الله، وعلى سبيل المثال قال الله تعالى: {وَلاَ تَشْتَرُواْ بِعَهْدِ اللّهِ ثَمَناً قَلِيلاً إِنَّمَا عِندَ اللّهِ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (95) مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُواْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (96)} صدق الله العظيم [النحل].
Bagaimanapun jua, agar kita tidak keluar dari topik, kami kembali untuk membantah orang yang menamakan dirinya
(لا للطائفية)
"Tidak untuk sektarianisme"
-tidak untuk berpuak-puak-
Padahal dia mengajak untuk memisah-misahkan dengan memecah-belahkan orang-orang yang beriman menjadi tujuh puak, kerana dia menerima dan mengakui adanya tujuh bacaan yang berbeza!
Begitu juga dia menafikan Sunnah Nabi bagi bayan (sebagai keterangan) terhadap beberapa ayat Al-Qur'an. Wahai lelaki, sesungguhnya hadits-hadits Nabi SAW itu hanya merupakan tambahan penjelasan dan keterangan bagi Al-Qur'an, kedua-duanya (Al-Qur'an dan Hadits) itu datang dari sisi Allah.
Tiadalah yang diucapkan oleh Nabi SAW itu kerana menuruti hawa nafsunya dalam agama Allah, sebagai contoh firman Allah Ta'ala:
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. (96)
Maha Benar Allah
[An-Nahl]
ونستنبط من ذلك أنّ اليمينَ على من أنكر وليس اليمينُ على المدَّعي، وتعلمون أنّ اليمين على من أنكر من خلال قول الله تعالى: {وَلاَ تَشْتَرُواْ بِعَهْدِ اللّهِ ثَمَناً قَلِيلاً إِنَّمَا عِندَ اللّهِ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (95) مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ} صدق الله العظيم، فانظروا لقوله تعالى: {مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللّهِ بَاقٍ} صدق الله العظيم، بمعنى أنّ الشيء المادي الذي أنكرت أنّه عندك ونهبته بعهد الله بيمين الفُجْرِ سوف ينفد كما ينفد الحلال فتدخلَ النار، وإن اتّقيت الله واعترفت به خشيةً من الله كتبَ الله لك أجراً عنده لا ينفدُ ولا ينقطع في جنّات النّعيم، ألا وإنّ كثيراً من الناس لا يتّقون فلو من يَدَّعي في شيء فيحلف عليه لنهبَ الناسُ بعضهم بعضاً بعهد الله باليمين الفجر، ولذلك على المدّعي البيّنة واليمين على من أنكر، وعلى كل حالٍ نأتي لبيان النَّبيّ عليه الصلاة والسلام لهذه الآية، قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: [لو يعطى الناس بدعواهم، لادعى رجال أموال قوم ودماءهم لكن البينة على المدعي واليمين على من أنكر].
Dari demikian itu, kita dapat mengeluarkan hukum bahawa bersumpah adalah atas orang yang menafikan, bukan atas orang yang mendakwa, dan kalian dapat mengetahui bahawa sumpah adalah atas orang yang menafikan melalui firman Allah Ta'ala:
Dan janganlah kamu tukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang sedikit [murah], sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (95) Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.
Maha Benar Allah.
Perhatikan oleh kalian akan firman Allah:
Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal,
Maha Benar Allah
Bermakna bahawa sesuatu benda yang engkau nafikan ianya ada padamu dan engkau merampasnya menggunakan perjanjian dengan Allah dengan bersumpah palsu, kelak ia akan lenyap seperti lenyapnya yang halal lalu engkau akan masuk neraka, namun jika engkau bertakwa kepada Allah, mengakui benda yang engkau rampas semata-mata kerana takutkan Allah, maka Allah akan mencatat ganjaran pahala untukmu disisi-Nya yang tidak lenyap lagi tiada putusnya di Syurga-syurga Kenikmatan.
Ketahuilah bahawasanya kebanyakan manusia itu tidak bertakwa, dan seandainya orang yang mendakwa sesuatu lalu kemudian dia bersumpah terhadap (dakwaan)nya itu, nescaya manusia akan saling merampas antara satu sama lain memakai perjanjian dengan Allah dengan sumpah palsu, oleh kerana itu bukti (al-bayyinah) adalah ke atas yang mendakwa dan sumpah (al-yamin) adalah ke atas yang menafikan.
Bagaimanapun, kami bawakan keterangan Nabi SAW bagi ayat ini
Rasulullah SAW bersabda:
“Jika semua orang diberi hak (hanya) dengan dakwaan (klaim) mereka (semata), niscaya (akan) banyak orang yang mendakwakan (mengklaim) harta orang lain dan darah-darah mereka. Namun, bukti wajib didatangkan oleh pendakwa (pengklaim), dan sumpah harus diucapkan oleh orang yang mengingkari (tidak mengaku)”.
فهل تجد تناقضاً بين حكم الله وحكم رسوله وحكم الإمام المهدي الحقّ من ربِّكم؟ فوجدنا أنّ الأحاديث الحقّ لا تخالف القرآن؛ بل تزيده شرحاً وبياناً.
Adakah engkau mendapati ada pertentangan antara hukum keputusan Allah dan hukum keputusan Rasul-Nya dan hukum keputusan Al-Imam Al-Mahdi yang hak dari Tuhan kalian? Tentu sahaja kita temukan bahawa hadits-hadits yang hak itu tidak bertentangan dengan Al-Qur'an; malah ianya memberi tambahan penjelasan dan keterangan untuk Kitabullah.
ويا رجل، أنت لست باحثاً عن الحقّ ولا تريد الحقّ ولو علمت الحقّ لما اتّبعتَه؛ بل جئتنا لتشكك في الحقّ، ونقول حتماً: سوف تموت بغيظك، واحذر الله الذي يعلم بما في نفسك، وأقمنا عليك الحجّة بادئ الأمر في نقطتين فهل لديك اعتراضٌ أم ننتقل إلى نقطةٍ أخرى؟ برغم أنّني أعلم أنّك لست لأول مرةٍ تجادلنا، ولكن لا يهمّ ذلك فوالله لن يزيد مكرُكم الأنصارَ إلا مزيداً من سلطان العلم بإقامة الحجّة عليكم، ونَهدي بسلطان العلم قوماً آخرين، وفي الأخير تموتون بغيظكم ولن تنالوا خيراً.
Wahai lelaki, engkau bukanlah pencari kebenaran, engkau tidak menginginkannya walaupun engkau tahu ia benar namun engkau tidak mengikutinya; bahkan engkau datang kepada kami hanya untuk mempersoalkan dengan rasa tidak percaya terhadap kebenaran itu, kami katakan tentu sahaja kelak engkau akan mati dengan kemarahanmu, berhati-hati dan waspadalah engkau terhadap Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ada dalam dirimu, kami telah tegakkan hujjah keatasmu pada mulanya dalam dua perkara, apakah engkau punya bantahan terhadapnya atau kita lanjutkan pada perkara lain?
Meskipun aku tahu engkau bukanlah pertama kali mendebat kami, namun itu tidak penting kerana demi Allah, makar tipudaya kalian tidak menambahkan kepada Anshar kecuali tambahan bukti ilmu pengetahuan dengan menegakkan hujjah ke atas kalian, dan kami beri petunjuk dengan bukti ilmu pengetahuan untuk orang-orang lain, dan pada akhirnya kalian akan mati dengan kemarahan kalian, dan kalian tidak akan mendapatkan kebaikan.
وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.
Salam ke atas para Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Saudaramu, Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani
ـــــــــــــــــ
sumber:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?t=19166