المصدر
https://albushra-islamia.org/showthread.php?p=148600


[ لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان ]

Untuk melihat postingan asal keterangan ini


الإمام ناصر محمد اليماني
Al-Imam Naser Mohammed Al-Yamani
26 - 08 - 1435 هـ
24 - 06 - 2014 مـ
08:45 صباحاً
ــــــــــــــــــــ



الْحَمْدُ لِلَّهِ ربّ العالمين، رمضان مبارك على المسلمين إلا من أبى..

Segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam,
Semoga Ramadhan yang penuh berkah ke atas kaum muslimin kecuali yang menolak lagi memandang rendah..




بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله وآلهم المؤمنين والتّابعين الحقّ من ربّهم إلى يوم الدين، أمّا بعد..
قال الله تعالى:
{وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (93)} [النمل].
وقال الله تعالى
:{أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا (44)} [الفرقان].

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sholawat dan salam ke atas para Nabi Allah dan RasulNya, juga kepada ahli keluarga mereka yang beriman, serta para pengikut kebenaran dari Tuhan mereka hinggalah Hari Pembalasan.
Amma ba’d..

Allah SWT berfirman:

Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan". (93)
(An-Naml)

Dan firman Allah SWT:

atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]. (44)
(Al-Furqon)


ونذكِّر المعرضين عن استخدام العقل من أصحاب الاتِّباع الأعمى بقول الله تعالى:
{أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ ۚ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ ۖ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيلًا (44)} صدق الله العظيم، ولذلك قالوا: {وَقَالُوا لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ (10)}صدق الله العظيم [الملك].

Kami peringatkan orang-orang yang berpaling, yang tidak mahu menggunakan akal fikiran mereka dari kalangan para pengikut buta, akan firman Allah SWT ini:

atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya [dari binatang ternak itu]. (44)
Maha Benar Allah

Kerana itu mereka mengatakan:

Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan [peringatan itu] niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". (10)
Maha Benar Allah
(Al-Mulk)


ألا وإنّ بيان الإمام المهدي للقرآن العظيم يتحدى به العقل فيُسلِّم له العقلُ تسليماً لكون العقل لا يعمى عن الحقّ إنْ اِئْتَمَنَه صاحبُه فتفكَّر به فسيجده يُفتيه بالحقّ. ولذلك قال الله تعالى:
{وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُولُو الْأَلْبَابِ (269)} صدق الله العظيم [البقرة:269].

Ketahuilah kalian, sesungguhnya bayan Al-Imam Al-Mahdi mencabar dan menantang akal fikiran, kemudian akal akan menerima bayan itu dengan sepenuhnya, kerana akal fikiran tidak buta melihat kebenaran.

Jika sekiranya pemilik akal meletakkan keyakinannya pada akal fikirannya, lalu kemudian memikirkan dan merenungkannya, maka kelak akal fikirannya akan menfatwakan kepadanya dengan kebenaran.

Sebab itulah Allah SWT berfirman:

Dan hanya Ulul Albab (orang-orang yang berakallah) yang dapat mengambil pelajaran [dari firman Allah]. (269)
Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)


وسؤال يطرح نفسه: فمن هم أولو الألباب؟ والجواب تجدونه في محكم الكتاب بأنّهم الذين لا يتسرّعون في الحكم على الداعيَة حتى يستمعوا إلى قوله ويتدبروا سلطان علمه بالعقل ومن ثمّ يحكمون على الداعيَة؛ فهل ينطق بالحقّ ويهدي إلى صراطٍ مستقيمٍ؟ وأولئك هم الذين هدى الله من عباده في كل زمانٍ ومكانٍ تصديقاً لقول الله تعالى:
{الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ } صدق الله العظيم [الزمر:18].

Pertanyaan yang muncul adalah:

Siapakah mereka Ulul Albaab itu
?

Jawabannya kalian akan temukan dalam Muhkam Al-Qur’an, bahawa mereka itu adalah orang-orang yang tidak tergesa-gesa menghukum, tidak ceroboh membuat keputusan terhadap orang yang menyeru dan berdakwah, melainkan mereka akan mendengarkan ucapan dan kata-kata pendakwah itu terlebih dahulu, lalu mereka mentadabburi, memikirkan dan merenungkan bukti ilmu pengetahuan si penyeru itu dengan akal fikiran.

Baru kemudian mereka akan menghukum dan membuat keputusan terhadap penyeru tersebut: Adakah dia bicara kebenaran lagi memberi petunjuk ke Jalan Yang Lurus?.

Mereka itulah orang-orang yang telah Allah SWT bimbing mereka dari kalangan hamba-hambaNya pada setiap masa dan tempat, benarlah firman Allah SWT:

yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (18)
Maha Benar Allah
(Az-Zumar)


ويقصد الله تعالى بقوله
: { الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ } أي من قَبْلِ الحكم على الداعيَة ومن قَبْلِ اتِّباعه، فأولاً يستمعون إلى قوله ويتفكَّرون فيه؛ هل هو منطق إنسانٍ عاقلٍ أم مجنونٍ؟ فإذا وجدوا عقولَهم رضخت للقول بأنّه الحقّ من عند ربّهم فمن ثمّ يأتي الحكم على الداعيَة بأنّه يدعو إلى الحقِّ ويهدي إلى صراطٍ مستقيمٍ، ومن ثمّ يتبعوه.. وأولئك الذين هداهم الله في كل زمانٍ ومكانٍ تصديقاً لقول الله تعالى: {الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ ۚ أُولَٰئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ} صدق الله العظيم.

Allah SWT bermaksud dengan firmanNya:
Yang mendengarkan perkataan yakni, sebelum menghukum dan membuat keputusan terhadap penyeru seruan dakwah dan sebelum mengikutinya.

Maka yang pertama sekali adalah mereka mendengarkan perkataan penyeru tersebut, kemudian mereka memikirkan mengenai ucapannya; Adakah ianya ucapan orang berakal atau pun ucapan orang gila?

Jadi, sekiranya mereka mendapati bahawa akal fikiran mereka pasrah, menyerah serta akur bahawa ucapan orang itu adalah haq dari sisi Tuhan mereka, baru kemudian datang keputusan mereka terhadap penyeru itu, bahawasanya, dia benar-benar menyeru kebenaran lagi memberi petunjuk ke Jalan Yang Lurus, lalu setelah itu mereka mengikutinya..

Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk dari Allah SWT pada setiap masa dan tempat, benarlah firman Allah SWT:

yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal. (18)
Maha Benar Allah


ولسوف أضرب لكم على ذلك مثلاً، فلو أنَّ أحدَ علماء الأمّة جاء إلى منبره من بعد الخطبة أحدُ السائلين فقال: "يا شيخ، ألا تُفتِنا في شأن ناصر محمد اليماني الذي يقول أنّه المهديّ المنتظَر والذي يدعو البشر عن طريق وسيلة الأنترنت العالميّة! فما فتواكم فيه يا فضيلة الشيخ؟". فإذا كان الشيخ من أولي الألباب فسوف يقول: "آتني بشيءٍ من بياناته حتى لا نحكم عليه بالظنّ فننظر هل هو ينطق بالحقّ أم كان من اللاعبين". وأمّا الذين لا يعقلون ولا يتفكّرون كالأنعام؛ بل هم أضلّ سبيلاً فسوف يقولون: "ماذا ماذا اسمه ناصر محمد؟ ولكن الإمام المهدي اسمه محمد بن عبد الله" وآخرون: "بل اسمه محمد بن الحسن العسكري".

Kelak aku akan buatkan permisalan untuk kalian terhadap yang demikian ini. Jika sekiranya ada seorang ulama umat selesai berkhutbah, lalu datang ke mimbarnya seseorang yang bertanya dengan mengatakan:

“Wahai Syaikh, sukakah engkau memberi fatwa dan menyatakan kepada kami mengenai perkara Naser Mohammed Al-Yamani, yang mengatakan bahawasanya dirinya adalah Al-Mahdi Al-Muntazhar, yang menyeru dakwah melalui internet! Apakah fatwa anda wahai Syaikh yang utama?”.

Jadi, sekiranya Syaikh tersebut di kalangan Ulul Albab, maka kelak dia akan mengatakan:

“Berikan aku sesuatu dari keterangan-keterangannya, agar kita tidak menghukum dan membuat keputusan terhadapnya dengan persangkaan, oleh itu, mari kita perhatikan adakah dia mengatakan kebenaran atau dia hanya bermain-main”.

Adapun orang-orang yang tidak memahami dan tidak memikirkan seperti binatang ternak; bahkan mereka itu lebih sesat lagi jalannya, maka kelak mereka akan mengatakan:

“Apa itu, apa itu namanya Naser Mohammed?? Akan tetapi Al-Imam Al-Mahdi bernama Mohammed bin Abdullah”, dan selain mereka berkata: “Bahkan namanya adalah Mohammed bin Al-Hasan Al-‘Askari”.


ومن ثم يردُّ المهديّ المنتظَر على البقر من خطباء المنابر من الذين لا يتفكَّرون في البيان الحقّ للذكر وحكموا من قبل الاستماع والتدبر فأضلّوا أنفسهم وأضلّوا أمَّتهم مع احترامي لعلماء الأمّة المتفكرين في الحقّ من ربّهم من الذين لا يحكمون من قبل أن يسمعوا، وأقول: يا معشر الذين لا يتفكرون يا من فتنوا أنفسهم بالاسم المفترى للمهديّ المنتظَر من عند أنفسهم فقالوا محمد بن الحسن العسكري أو محمد بن عبد الله، لقد يسَّرنا عليكم الأمر وسهَّلناه تسهيلاً وقلنا فأجمعوا أمركم فيما بينكم واقضوا إلينا بإقامة الحجّة علينا ولو حتى في مسألة التواطؤ للاسم محمد، وأثبتوا لغةً واصطلاحاً بأنَّ التواطؤ يُقصد به التطابق، ولكنكم متفقون ولا اختلاف بينكم في التواطؤ بأنَّه لا يُقصد به التطابق (محمد بن عبد الله)؛ بل يُقصد به التواطؤ للاسم محمد في إسم الإمام المهديّ. والسؤال الذي يطرح نفسه هو: فهل تستطيعون أن تُنكروا تواطؤ الاسم محمد في إسمي ( ناصر محمد )؟ لكون في حديث التواطؤ للإسم محمد في إسم الإمام المهديّ ناصر محمد لحكمةٌ بالغةٌ لكون الله لن يبعث الإمام المهدي نبيّاً أو رسولاً بكتابٍ جديدٍ؛ بل يبعث الله الإمام المهديّ المنتظَر ناصرَ محمدٍ أي ناصراً لما جاءكم به محمدٌ رسول الله صلَّى الله عليه وآله وسلَّم.

Oleh itu Al-Mahdi Al-Muntazhar membalas terhadap si lembu dari kalangan para khatib di mimbar-mimbar, dari kalangan orang-orang yang tidak memikirkan keterangan yang benar bagi Al-Qur’an, lalu mereka menghukum serta membuat keputusan sebelum mendengarkan ucapan untuk mereka memperhatikannya serta mentadabburinya, menyebabkan mereka telah menyesatkan diri mereka sendiri lalu menyesatkan umat mereka.

Juga beserta penghormatanku untuk para ulama umat yang memikirkan tentang kebenaran dari Tuhan mereka, dari kalangan orang-orang yang tidak membuat sebarang keputusan serta tidak menghukumi sebelum mereka mendengarkan perkataan, aku katakan:

Wahai orang-orang yang tidak memikirkan dan tidak merenungkan, wahai orang-orang yang menyeksa diri mereka sendiri dengan nama yang diada-adakan bagi Al-Mahdi Al-Muntazhar dari diri mereka sendiri, di mana mereka mengatakan
“Mohammed bin Al-Hasan Al-‘Askari”
atau mengatakan
“Mohammed bin Abdullah”

Sesungguhnya kami telah memudahkan bagi kalian urusan ini dan membuatnya senang untuk kalian.

Kami telah nyatakan, hendaklah kalian bersatu sebulat suara dalam urusan kalian pada semua yang ada di antara kalian, dan penuhilah permintaan kami dengan menegakkan hujjah terhadap kami, sekalipun walau dalam masalah At-Tawathu’ (persekongkolan/kesepakatan/kerjasama secara rahsia) bagi nama Mohammed.

Buktikanlah oleh kalian secara bahasa dan istilah, bahawa At-Tawathu’ membawa maksud At-Tathobuq (serupa/sama), akan tetapi kalian sepakat dan tiada perselisihan di antara kalian pada At-Tawathu’, bahawasanya kalimah itu tidak membawa maksud At-Tathobuq -serupa/sama-
(Mohammed bin Abdullah);
Bahkan At-Tawathu’ membawa maksud persekongkolan/kesepakatan/kerjasama secara rahsia bagi nama Mohammed pada nama Al-Imam Al-Mahdi.

Persoalan yang muncul dengan sendirinya adalah:

Apakah kalian mampu untuk mengingkari Tawathu’ (persekongkolan/kesepakatan/kerjasama secara rahsia) bagi nama Mohammed ada pada namaku -Naser Mohammed-
?

Kerana pada hadits At-Tawathu’ bagi nama Mohammed pada nama Al-Imam Al-Mahdi itu, benar-benar terdapat suatu hikmah yang sempurna, sebab Allah SWT tidak mengutus Al-Imam Al-Mahdi sebagai nabi baru atau rasul baru dengan kitab baru; namun Allah SWT mengutus Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar sebagai Naser Mohammed, yakni sebagai pembela, penolong serta pengikut bagi ajaran Mohammed Rasulullah SAW.


ويا معشر علماء المسلمين وأمّتهم، إني أخاف عليكم عذاب يومٍ عقيمٍ يوم تأتيكم السماء بدخانٍ مبينٍ يغشى الناس هذا عذابٌ أليمٌ، وأقسم بالله العظيم من يحيي العظام وهي رميم ربّ السماوات والأرض وما بينهم وربّ العرش العظيم أنّ ربّي هو من أفتاني أنّني الإمام المهديّ المنتظَر ناصر محمد ولم أصطفِ نفسي ولو اصطفيتُ نفسي إماماً للأمّة كمثلِ أَئِمّتِكم لما استطعت أن أهيمن عليكم بسلطان العلم على مدار عشر سنواتٍ، ولا يزال الإمام ناصر محمد اليماني هو المهيمن على كافة ملايين العلماء ممن أظهرهم الله على دعوتي في الأنترنت العالميّة، وأجاهدكم بسيفٍ من حديدٍ ذي بأْسٍ شديدٍ ذلكم البيان الحقّ للقرآن المجيد، وأذكِّر بالقرآن من يخاف وعيد، وأهدي به إلى صراط العزيز الحميد، وما جئتُكم بوحيٍ جديدٍ. واقترب يوم الوعيد فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر فالحكم لله الواحد القهّار، وقد نصحتُ لكم ولكن لا تحبون الناصحين.

Wahai sekalian ulama kaum muslimin beserta umat mereka sekalian, sesungguhnya aku mengkhuatirkan terhadap kalian azab seksaan pada hari yang tidak ada kebaikan untuk kalian, hari di mana langit datang kepada kalian membawa kabut yang nyata meliputi seluruh manusia, inilah azab seksaan yang pedih.

Aku bersumpah demi Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Menghidupkan tulang-belulang yang telah hancur-luluh, Tuhan langit dan bumi serta segala sesuatu di antara keduanya, Dialah Tuhan Pemilik Arasy yang agung, sesungguhnya Tuhankulah yang menfatwakan kepadaku, bahawa aku adalah Al-Imam Al-Mahdi Al-Muntazhar Naser Mohammed, sedang aku tidak memilih diriku sendiri.

Seandainya aku yang telah memilih diriku sendiri sebagai seorang Imam-Pemimpin bagi umat sebagaimana para pemimpin kalian, nescaya aku tidak sanggup untuk menang, apatah lagi menguasai dan mengungguli kalian dengan bukti ilmu pengetahuan sepanjang 10 tahun.

Al-Imam Al-Mahdi masih tetap menang, menguasai dan mengungguli semuanya, miliyaran para ulama dari kalangan orang-orang yang Allah SWT perlihatkan kepada mereka terhadap seruan dakwahku di jaringan internet antarabangsa, dan aku akan tetap terus berjihad terhadap kalian dengan sebilah pedang besi yang tajam, yang mana libasan dan tebasannya sangat dahsyat, itulah Al-Bayan Al-Haq bagi Al-Qur’an yang mulia.

Aku peringatkan dengan Al-Qur’an ini bagi orang yang takut dengan ancaman Allah SWT, dan aku tunjukkan dengan Al-Qur’an ini Jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji, dan tidaklah aku datang kepada kalian dengan membawa wahyu baru.

Hari yang diancamkan telah semakin dekat.

Oleh itu, barangsiapa yang mahu percaya, silakan untuk mempercayainya, dan barangsiapa yang mahu ingkar, biarlah dia mengingkarinya.

Maka putusan [sekarang ini] adalah pada Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, sesungguhnya aku telah menasihati kalian, akan tetapi kalian tidak menyukai orang-orang yang memberi nasihat.


وأذكر الأنصار السابقين الأخيار بالنَّهي من ربِّ العالمين إلى رسوله وإلى الإمام المهديّ بقول الله تعالى:

{قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ (23) قُلْ هُوَ الَّذِي ذَرَأَكُمْ فِي الْأَرْضِ وَإِلَيْهِ تُحْشَرُونَ (24) وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (25) قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ (26)} صدق الله العظيم [الملك]. فتذكروا قول الله تعالى: {وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ (25) قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ (26)} صدق الله العظيم.

Aku peringatkan kepada para pendahulu dari ansharku yang terbaik, terhadap larangan dari Tuhan Semesta Alam kepada RasulNya dan juga kepada Al-Imam Al-Mahdi, dengan firman Allah SWT:

Katakanlah: "Dia-lah Yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati". [Tetapi] amat sedikit kamu bersyukur. (23)

Katakanlah: "Dia-lah Yang menjadikan kamu berkembang biak di muka bumi, dan hanya kepada-Nya-lah kamu kelak dikumpulkan". (24)

Dan mereka berkata: "Kapankah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang-orang yang benar?". (25)

Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu [tentang hari kiamat itu] hanya ada pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan"(26,

Maha Benar Allah
(Al-Mulk).

Hendaklah kalian ingat akan firman Allah SWT:

Dan mereka berkata: "Kapankah datangnya ancaman itu jika kamu adalah orang-orang yang benar?". (25)

Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu [tentang hari kiamat itu] hanya ada pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan"

Maha Benar Allah


{ قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ (26) } صدق الله العظيم.
{ قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ (26) } صدق الله العظيم.
{ قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّمَا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ (26) } صدق الله العظيم.

Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu [tentang hari kiamat itu] hanya ada pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan"
Maha Benar Allah

Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu [tentang hari kiamat itu] hanya ada pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan"
Maha Benar Allah

Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu [tentang hari kiamat itu] hanya ada pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan"
Maha Benar Allah


فلا تفتنوا أنفسكم ولا تفتنوا أمّتكم بمخالفة أمر الله بتحديد وعد الله. اللهم قد بلغت اللهم فاشهد..

Maka janganlah kalian menyeksa diri kalian sendiri serta umat kalian dengan menyalahi perintah Allah SWT, yakni dengan menentukan kapan datangnya ancaman Allah.

Ya Allah, sungguh telah aku sampaikan,
Ya Allah, saksikanlah..



أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi Naser Mohammed Al-Yamani

ـــــــــــــــــــــ


sumber:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?p=148600

https://albushra-islamia.org/showthread.php?p=148755