المصدر للبيان:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?p=108613



[لمتابعة رابط المشاركـــــــــــــة الأصليّة للبيــــــــــــــان
]

[Ikuti postingan asal keterangan]




الإمام ناصر محمد اليماني

Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
10- 09 - 1434 هـ
19- 07 - 2013 مـ

09:42 صباحاً
ــــــــــــــــــــــ



الإمام المهديّ ينسف الحديث المفترى على النّبي أنّه كان معه قرينٌ من الجنّ فأسلم !!مالكم كيف

تحكمون ؟

Imam Mahdi Menghancurkan Hadits Pendustaan Terhadap Nabi SAW, Bahawa Ada Qorin Kalangan Jinn Mendampingi Baginda Lalu Masuk Islam!! Ada Apa Dengan Kalian Ini, Bagaimana Kalian Membuat Keputusan?



بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على كافة أنبياء الله ورسله الأطهار وجميع الأنصار السابقين الآخيار في كل زمانٍ ومكانٍ إلى اليوم الآخر، أما بعد..


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, sholawat dan salam ke atas seluruh Nabi Allah dan Rasul-Nya yang suci, beserta seluruh para pendahulu Anshar terpilih yang membantu mereka pada setiap zaman dan tempat hinggalah Hari Kiamat, amma ba'd


إنه لا يوجد مع الإنسانِ الصالحِ قرينٌ من الشياطين كما يزعم المفترون على النّبي عليه الصلاة والسلام أنه قال:
روى مسلم وأحمد عن ابن مسعود قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :مامنكم من أحد إلا وقد وُكّل به قرينه من الجن وقرينه من الملائكة!! قالوا: وإياك يا رسول الله؟ قال: وإياي، ولكن الله أعانني عليه فأسلم، فلا يأمرني إلا بخير.
[رواه مسلم 2814 وأحمد 1/385]


Bahawa sesungguhnya tidak ada Qorin dari kalangan syaitan-syaitan yang mendampingi seorang manusia sholeh sebagaimana yang dikatakan oleh para pembuat kebohongan terhadap Nabi SAW, bahawa baginda bersabda:

Muslim dan Ahmad meriwayatkan dari Ibn Mas'ud dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Setiap orang di antara kalian telah diutus untuknya seorang qorin (pendamping) dari golongan jinn, dan pendamping dari golongan malaikat!! Mereka bertanya: Termasuk dirimu ya Rasulallah? Baginda menjawab: Termasuk aku, namun Allah membantuku untuk menundukkannya, sehingga dia masuk Islam, kerana itu dia tidak memerintahkanku kecuali yang baik.
(HR. Muslim 2814 – Ahmad 1/385)


ومن ثمّ ينفي هذا الحديث الإمام المهديّ ناصر محمد اليماني وننسفه نسفاً ولا نطعن في رواتِه فقد افتُري عليهم كما افتُري على النّبي عليه وعلى صحابته قلباً وقالباً الصلاة والسلام، فكيف تؤمنون بقرينٍ مع محمدٍ رسول الله من الشياطين، أفلا تتقون؟ ولكني لم أجد في كتاب الله أنّ الله يُقيِّض القرناء من الجنّ إلا للذين أعرضوا عن ذكر ربّهم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{ وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَـٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ ﴿٣٦﴾
وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُم مُّهْتَدُونَ ﴿٣٧﴾ حَتَّىٰ إِذَا جَاءَنَا قَالَ يَا لَيْتَ بَيْنِي وَبَيْنَكَ بُعْدَ الْمَشْرِقَيْنِ فَبِئْسَ الْقَرِينُ
﴿٣٨﴾ وَلَن يَنفَعَكُمُ الْيَوْمَ إِذ ظَّلَمْتُمْ أَنَّكُمْ فِي الْعَذَابِ مُشْتَرِكُونَ ﴿٣٩﴾ أَفَأَنتَ تُسْمِعُ الصُّمَّ أَوْ تَهْدِي الْعُمْيَ وَمَن كَانَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿٤٠﴾
}
صدق الله العظيم [الزخرف]

Oleh yang demikian, Imam Mahdi Nasser Mohammed Al-Yamani menafikan hadits ini dan kami akan menghancurkannya dengan sehancur-hancurnya.

Kami tidak menuduh atau menyalahkan para perawi hadits ini, kerana terhadap mereka juga telah terjadi pendustaan sebagaimana pembohongan yang direkayasa terhadap Nabi -sholawat dan salam ke atas baginda beserta para sahabat yang mengikuti baginda sepenuh hati dan jiwa mereka-

Bagaimana kalian dapat mempercayai bahawa ada qorin mendampingi Muhammad Rasulullah dari kalangan syaitan-syaitan, mengapakah kalian tidak takut kepada Allah
?

Padahal aku tidak menemukan dalam Kitabullah menyatakan bahawa Allah SWT akan mengadakan dan menetapkan qorin-qorin pendamping dari kalangan jinn kecuali bagi orang-orang yang berpaling ingkar terhadap peringatan Tuhan mereka.

Benarlah firman Allah SWT:


Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu qorin -temannya yang tidak renggang daripadanya. (36)

Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. (37)

Sehingga apabila dia (yang terjerumus dalam kesesatan itu) datang kepada Kami (pada hari kiamat), berkatalah dia (kepada syaitannya): Alangkah baiknya (kalau di dunia dahulu ada sekatan yang memisahkan) antaraku denganmu sejauh timur dengan barat! Kerana (engkau) adalah sejahat-jahat teman. (38)

(Lalu dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab. (39)

Maka (mengapa engkau berdukacita wahai Muhammad) adakah engkau berkuasa menjadikan orang-orang yang pekak mendengar atau menunjuk jalan kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dan juga orang-orang yang berada dalam kesesatan yang nyata? (40)

Maha Benar Allah
(Az-Zukhruf)


إذاً القرناء يُقيّضُهم الله للمعرضين عن الحقّ من ربّهم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُم مَّا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِم مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ ﴿٢٥﴾}

صدق الله العظيم [فصلت]

Jika demikian qorin-qorin itu, Allah SWT hanya akan mengadakan dan menetapkannya untuk orang-orang yang berpaling dan tidak mengindahkan kebenaran dari Tuhan mereka.

Pembenaran terhadap firman Allah SWT:

Dan Kami adakan untuk mereka qorin-qorin (teman-teman rapat dari jin dan manusia), lalu teman-teman itu memperhiaskan kepada mereka (fahaman-fahaman sesat) mengenai perkara-perkara dunia yang ada di hadapan mereka,serta perkara-perkara akhirat yang ada di belakang mereka dan (dengan sebab itu) tetaplah hukuman (azab) atas mereka bersama-sama dengan umat (yang sesat) dari jin dan manusia yang terdahulu daripada mereka. Sesungguhnya mereka semuanya adalah golongan yang rugi (bawaan hidupnya). (25)
Maha Benar Allah
(Fushshilat)


فمن كان له قرينٌ من الجنّ فاعلموا إنّما قرينَه شيطانٌ رجيمٌ وليس من الصالحين كما يزعمون، فلا يوجد جنّيٌّ صالحٌ يخنِس في الإنسان، بل إمّا أن يكون تَقْيضاً بسبب الإعراض والغفلة عن ذكر ربّهم أو مؤمن مبتلى بمسِّ شيطانٍ يتخبطُه سواء خادم سحرٍ أو حسدٍ، ويشفيهم الله بالقرآن العظيم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ وَلاَ يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إَلاَّ خَسَارًا }
صدق الله العظيم [الإسراء:82]

Maka barangsiapa yang ada qorin pendamping dari golongan jinn, maka ketahuilah kalian bahawa qorinnya adalah syaitan yang direjam, bukanlah dari kalangan hamba-hamba Allah yang sholeh (jinn muslim) sebagaimana anggapan dan sangkaan mereka, kerana tidak ada jinn sholeh yang menghembus dan membisikkan kejahatan pada manusia.

Akan tetapi, sama ada ianya merupakan jinn yang ditetapkan kerana keberpalingan dan kelalaian terhadap peringatan dari Tuhan mereka, ataupun seorang beriman yang menderita penyakit gila lantaran kemasukan syaitan, sama ada syaitan yang merupakan khadam bagi sihir atau hasad dengki.

Allah SWT menyembuh dan mengubati mereka dengan Al-Qur'an yang agung, benarlah firman Allah SWT:

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.(82)
Maha Benar Allah
(Al-Isra)


وأما الذين يُفتون أن كل إنسان معه قرينٌ من الجنّ فإنَّكم لكاذبون، بل من قيّضَ الله له قريناً من الجنّ فإنما قيَّضَ الله له قريناً من الجنّ الشياطين، فكونوا على ذلك من الشاهدين، وسلامٌ على المرسلين، والحمد لله ربّ العالمين..

Adapun orang-orang yang menyatakan bahawa setiap manusia didampingi qorin dari golongan jinn, maka sungguh kalian orang-orang yang berdusta.

Padahal, orang yang telah Allah adakan dan tetapkan qorin baginya dari kalangan jinn, maka Allah hanya menetapkan baginya qorin dari golongan
jinn syaitan.

Oleh itu, jadilah kalian semua sebagai saksi terhadap perkara ini.

Salam sejahtera ke atas para Rasul dan segala puji hanya bagi Allah Tuhan Seru Sekalian Alam.



أخوكم الإمام المهدي ناصر محمد اليماني.

Saudara kalian Al-Imam Al-Mahdi
Nasser Mohammed Al-Yamani

______________


Sumber:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?13976

-الإمام-المهديّ-ينسف-الحديث-المفترى-على-النّبي-أنّه-كان-معه-قرينٌ-من-الجنّ-فأسلم-!!-مالكم-كيف-تحكمون؟#ixzz2we1xoVyf