المصدر:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?p=5134


الإمام ناصر محمد اليماني
Imam Nasser Mohammed Al-Yamani
24 - 1 - 1430هـ
21 - 1 - 2009مـ
11:57 مساءً
________




بيان التّمييز بين آيات القرآن المحكمات أمّ الكتاب عن المتشابهات..

Bayan Untuk Membezakan Antara Ayat-ayat Al-Qur’an Yang Muhkamat Sebagai Ummul Kitab Dengan Ayat-ayat Yang Mutasyabihat..


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ، والصلاة والسلام على رسوله الأمين وخاتم النبيين وآله الطاهرين والتّابعين للحقّ إلى يوم الدّين، وبعد..

يا معشر الأنصار كونوا شهداء على نسيم وكافة علماء السُّنة وقولُهم هو نفس قول نسيم، ونقتبس لكم من بيانه هذا القول:

(ولا يعلم تفسير الكتاب الا الله وما جعله الله لغير رسوله سيدنا محمد يفسره ويفصله ليس كما يشتهي في نفسه بل كما يحب الله ان يفسره ولا يعلم تأويله الا الله)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai sekalian para Anshar, jadilah kalian semua sebagai para saksi terhadap saudara Naseem (anggota forum) dan seluruh alim-ulama Ahli Sunnah, kerana ucapan mereka semua sama seperti perkataan saudara Naseem.

Kami petik keterangannya untuk kalian
seperti berikut:
(Tidak ada yang mengetahui tafsir Al-Qur’an selain Allah, dan Allah tidak menjadikan penafsiran Al-Qur’an itu bagi selain Rasul-Nya junjungan kami Muhammad yang menafsirkannya dan menjelaskannya tidak seperti yang diinginkan oleh dirinya sendiri, namun sebagaimana Allah SWT suka baginda menafsirkannya. Tidak ada yang mengetahui takwilnya selain Allah)



وهذا القول ليس قول نسيم وحده بل قول كافة علماء السُّنة متفقين عليه بأنَّ القرآن لا يعلمُ تأويله إلا الله، وبما إنَّ السُّنة جاءت بياناً للقرآن فقالوا حسبنا ما وجدناه في سنة النّبيّ صلّى الله عليه وآله وسلّم، ولذلك يُسمّون أنفسهم بأهل السُّنة. وإني أدعوهم لنحتكم إلى القرآن العظيم، فإن صدق قولهم بالحقّ بأنَّ القرآن لا يعلمُ تأويله إلا الله ولذلك يستمسكون بالسّنة وحدها سواء اتفقت مع القرآن أو اختلفت فقد صدقوا، وإن لم يقل الله إنه لا يعلم بتأويل القرآن إلا هو فقد كذبوا على ربّهم، ومن أظلم ممن افترى على الله كذباً؟ ذلك لأن الله لم يقل ذلك أنه لا يعلمُ بتأويل القرآن إلا هو؛ بل المتشابه فقط، ولم يجعل الله آيات الكتاب المتشابهات الحجّة عليكم نظراً لأنه لا يعلمُ بتأويله إلا هو سبحانه،

Ucapan ini, bukanlah ucapan saudara Naseem semata-mata, bahkan ucapan seluruh ulama Sunnah yang mereka sepakati bahawa Al-Qur’an itu, tiada yang mengetahui takwilnya selain Allah. Oleh kerana Sunnah itu datang sebagai penjelas bagi Al-Qu’an, maka mereka mengatakan cukuplah bagi kami hadits yang kami dapatkan dalam Sunnah Nabi SAW, sebab itu mereka menamakan diri mereka sebagai Ahli Sunnah.

Maka sesungguhnya aku menyeru mereka agar kita kembali berhukum dengan Al-Qur’an yang agung. Jadi sekiranya benar ucapan mereka dengan kebenaran bahawa tiada yang mengetahui takwil Al-Qur’an selain Allah, yang menyebabkan mereka berpegang teguh pada Sunnah semata-mata -sama sahaja yang sejalan dengan Al-Qur’an maupun yang bertentangan dengannya- maka mereka benar.

Namun sekiranya Allah tidak berfirman bahawa tiada yang mengetahui takwil Al-Qur’an kecuali Dia, maka mereka telah mendustakan Tuhan mereka. Siapakah yang lebih zalim dibanding orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah? Demikian ini kerana Allah SWT tidak berfirman menyatakan seperti itu, bahawasanya tiada yang mengetahui takwil Al-Qur’an selain Dia; padahal sebenarnya hanya ayat-ayat Mutasyabihat sahaja, sebab Allah tidak menjadikan ayat-ayat Al-Qur’an yang Mutasyabihat -yang samar-samar, tidak terang maksudnya- sebagai hujjah terhadap kalian, memandangkan bahawasanya tiada sesiapa yang mengetahui takwilnya selain-Nya Maha Suci Dia.



ولكن الله جعل عليكم الحجّة آيات القرآن المحكمات هُنّ أمّ الكتاب الذي أمركم الله أن تتبعوا آيات القرآن المحكمات وأن لا تتبعوا ظاهر المتشابه من القرآن والذي لا يعلم بتأويله إلا الله، ولم يجعله الله الحجّة عليكم بل حجّة الله عليكم هي آيات القرآن المحكمات هُنّ أمّ الكتاب، فأمّا الذين في قلوبهم زيغ عن الحقّ الواضح والمُحكم فسوف ينبذهن وراء ظهره فيتبع المتشابه ابتغاء البرهان لأحاديث الفتنة وابتغاء تأويله ولا يعلم بتأويل المتشابه من القرآن إلا الله، ويعلّمه لمن يشاء من عباده،

Namun begitu Allah SWT telah menjadikan hujjah-Nya ke atas kalian berupa ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat -yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya- itulah Ummul Kitab ayat-ayat pokok isi, intipati dan intisari dari kandungan Al-Qur’an, yang Allah telah perintahkan kalian agar mengikuti ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat.

Allah SWT juga memerintahkan kalian agar tidak mengikuti makna zahir ayat Mutasyabihat dari Al-Qur’an, yang tidak ada sesiapa tahu takwilnya kecuali Allah, dan Allah SWT tidak menjadikannya sebagai hujjah ke atas kalian, namun yang menjadi hujjah-Nya ke atas kalian adalah ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat, itulah Ummul Kitab.

Adapun orang-orang yang dalam hatinya terdapat kecenderungan menolak kebenaran yang nyata dan muhkam ini, maka kelak dia akan mencampakkan ayat-ayat Muhkamat itu di belakangnya dengan mengabaikan yang muhkam, lalu mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat dengan mencari-cari bukti bagi hadits-hadits fitnah, dengan mencari-cari takwilnya padahal tidak ada yang mengetahui takwil ayat-ayat Mutasyabihat dari Al-Qur’an itu selain Allah, dan Dia mengajarkan takwilnya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari kalangan hamba-hamba-Nya.


ولم يجعل الله متشابه القرآن هو الحجّة عليكم أبداً بل آياته المحكمات الواضحات هُنّ أمّ الكتاب، ومن زاغ عن محكم القرآن واتّبع المتشابه ففي قلبه زيغ عن الحقّ المُحكم البيِّن. وقال الله تعالى:

{هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيات محكمات هُنَّ أمّ الكتاب وَأُخَرُ متشابهات فأمّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابتغاء الْفِتْنَةِ وَابتغاء تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كلّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُوْلُوا الأَلْبَابِ}

صدق الله العظيم [آل عمران:7]

Allah SWT tidak menjadikan ayat-ayat Al-Qur’an yang Mutasyabihat itu sebagai hujjah ke atas kalian selama-lamanya, namun Allah SWT telah menetapkan ayat-ayat-Nya yang Muhkamat -yang jelas, tetap, tegas dan nyata maknanya serta terang maksudnya, itulah Ummul Kitab berupa ayat-ayat pokok isi, intipati dan intisari dari kandungan Al-Qur’an- itu sebagai hujjah-Nya ke atas kalian.

Barangsiapa yang hatinya cenderung untuk menolak dan meninggalkan Muhkam Al-Qur’an dengan mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat, maka dihatinya terdapat kecenderungan untuk menolak kebenaran yang nyata, yang jelas lagi menjelaskan. Allah SWT berfirman:
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab [Al Qur’an] kepada kamu. Di antara [isi]nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah Ummul Kitab pokok-pokok isi Al Qur’an dan yang lain [ayat-ayat] mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran [daripadanya] melainkan orang-orang yang berakal. (7)
Maha Benar Allah
(Ali Imron)



فكيف تحرِّفون الكَلِمَ عن مواضعه وتقولون إنه لا يعلم تأويل القرآن إلا الله؟ وذلك لكي تتمسكوا بالسُّنة وحدها وحسبكم ذلك سواءً اتفقت مع محكم القرآن أو اختلفت! ولا ترجعون للقرآن إلا لتفسير الآيات المتشابهات والتي لم يجعلها الله الحجّة عليكم بل آياته المحكمات أمّ الكتاب وليست المتشابهات التي لا يعلمُ بتأويلهنّ إلا الله، وذلك لأنّ الآيات المتشابهات تختلف في ظاهرها عن ما جاء في آيات القرآن المُحكمات، فإذا تركتم المُحكم واتّبعتم المتشابه هلكتم وفي قلوبكم زيغ عن الحقّ البيِّن في آيات أمّ الكتاب، أفلا تعقلون؟.

Lalu bagaimana pula kalian dapat mengubah perkataan dari tempatnya dengan mengatakan bahawasanya tiada yang mengetahui takwil Al-Qur’an selain Allah? Demikian ini agar kalian dapat berpegang teguh kepada Sunnah semata-mata dan kalian mencukupkan diri kalian dengan itu, tak kira hadits itu sejalan dengan Muhkam Al-Qur’an ataupun bertentangan dengannya!

Kalian tidak merujuk kembali kepada Al-Qur’an melainkan kepada tafsir ayat-ayat Mutasyabihat yang tidak dijadikan Allah hujjah ke atas kalian, padahal ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat itulah sebagai hujjah, bukan ayat-ayat Mutasyabihat yang tidak ada sesiapa mengetahui takwilnya selain Allah.

Demikian ini kerana ayat-ayat Mutasyabihat itu bertentangan dengan ayat-ayat Muhkamat pada makna zahirnya, dengan ini sekiranya kalian meninggalkan yang Muhkamat dan mengikuti yang Mutasyabihat, maka kalian binasa dan pada hati kalian terdapat kecenderungan menjauhi kebenaran yang jelas nyata pada ayat-ayat Ummul Kitab, mengapakah kalian tidak memikirkan?



ويا معشر الباحثين عن الحقّ، إني الإمام المهدي الحقّ من ربّكم وسوف أفصّل لكم بإذن الله كيف تعلمون آيات القرآن المحكمات التي جعلهنّ الله أمّ الكتاب وأمركم باتّباعهنّ، وأمركم بالإيمان بالمتشابه الذي لا يعلمُ تأويله إلا الله، وكلّ من عند ربنا مُحكمه ومتشابهه وسنّة رسوله الحقّ، وأمركم الله بالاستمساك بمُحكم القرآن وسنة محمد رسول الله الحقّ التي لا تخالف لمحكم القرآن، ولم يأمركم الله بنبذ سُنة نبيّه وراء ظهوركم بل أمركم الاستمساك بمحكم القرآن والسُّنة النّبويّة إلا ما خالف لمُحكم القرآن العظيم،

Wahai sekalian pencari kebenaran, sesungguhnya akulah Imam Mahdi yang haq dari Tuhan kalian, dan kelak aku akan jelaskan untuk kalian dengan izin Allah, bagaimana kalian dapat mengetahui ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat, yang Allah telah jadikan ianya sebagai Ummul Kitab dan Allah telah memerintahkan kalian supaya mengikutinya.

Allah SWT telah memerintahkan kalian agar beriman dengan ayat-ayat Mutasyabihat, yang tiada seorangpun mengetahui takwilnya kecuali Allah, kerana kesemuanya itu datang dari sisi Allah, yakni ayat-ayat Muhkamat, ayat-ayat Mutasyabihat dan Sunnah Rasul-Nya yang haq. Allah juga telah memerintahkan kalian supaya tetap berpegang teguh kepada ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat, dan memerintahkan kalian agar tetap berpegang teguh kepada Sunnah Muhammad Rasulullah SAW yang haq, yaitu yang tidak bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an.

Allah SWT tidak memerintahkan kalian supaya mencampakkan Sunnah Nabi-Nya ke belakang kalian dengan meninggalkan dan mengabaikannya, namun Dia memerintahkan kalian agar tetap berpegang teguh kepada ayat-ayat Muhkamat dan kepada Sunnah Nabawiyyah, kecuali yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung.


وعلّمكم الله إنَّ ما خالف لمُحكم القرآن العظيم فإن ذلك من عند غير الله، ولكنكم تفترون على الله يا معشر السُّنة والشيعة، وتقولون يا معشر أهل السُّنة إنَّ القرآن لا يعلم تأويله إلا الله ومحمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم وعليه وإنّ حسبكم الاستمساك بالسُّنة النّبويّة لأنها جاءت بياناً للقرآن، وقال معشر الشيعة إن القرآن لا يعلمُ بتأويله إلا الله ورسوله والراسخون في العلم؛ عترة محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، وأن حسبهم ما وردّ عن آل البيت وعن رسول الله، ولذلك ضللتم يا معشر السُّنة والشيعة عن سواء السبيل، وذلك لأن الله لم يعدكم بحفظ أحاديث محمد رسول الله من التحريف والتزييف، فكيف بأحاديث أئمة آل البيت؟!.

Allah SWT telah mengajarkan kepada kalian bahawa sesuatu yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an, maka ianya datang dari selain Allah. Namun kalian mengada-adakan kebohongan terhadap Allah wahai sekalian Ahli Sunnah dan Syi’ah.

Kalian wahai Ahli Sunnah mengatakan bahawa tiada yang mengetahui takwil Al-Qur’an kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah SAW, lalu kalian mencukupkan diri kalian dengan berpegang teguh terhadap Sunnah Nabawiyah, kerana ianya datang sebagai penjelasan bagi Al-Qur’an.

Manakala kalian pula wahai sekalian Syi’ah mengatakan bahawa tiada yang mengetahui takwil Al-Qur’an selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang sangat mendalam ilmunya yang berketurunan Muhammad Rasulullah SAW, lalu mereka mencukupkan diri mereka dengan riwayat-riwayat yang diterima dari Ahlul Bayt dan dari Rasulullah.

Inilah yang menyebabkan kalian telah tersesat dari jalan yang lurus wahai sekalian Ahli Sunnah dan Syi’ah, demikian ini kerana Allah tidak menjanjikan kepada kalian untuk menjaga dan memelihara hadits-hadits Muhammad Rasulullah dari perubahan dan pemalsuan, lalu bagaimana pula dengan hadits-hadits yang didapatkan dari para Imam Ahlul Bayt?!
(tentu sahaja lebih teruk perubahan dan pemalsuan terhadapnya)



وأُقسم بالله الواحد القهّار الذي يُدرك الأبصار ولا تُدركه الأبصار لأخرسنَّ ألسنتكم بمُحكم القرآن العظيم عمّا جاء في آياته المحكمات أمّ الكتاب حتى لا تجدوا في صدوركم حرجاً مما قضيتُ بينكم بالحقّ وتُسلمون تسليماً إن كنتم مؤمنين، وأمّا إذا تركتم الآيات المحكمات أمّ الكتاب فاتبعتم المتشابه من القرآن فقد هلكتم لأن أعداء الله سوف يضعون لكم أحاديثاً تتشابه بالضبط مع ظاهر هذه الآيات التي لا يعلمُ تأويلها إلا الله ولم يجعلها الله حجته عليكم؛ بل أنتم لم ترجعوا أصلاً للقرآن إلا إلى آياته المتشابهات نظراً لأنهن أعجبنّكم؛ لأنهنّ تشابهن في ظاهرهنّ للمُفترى الذي بين أيديكم.

Aku bersumpah demi Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, Dzat yang mencapai semua penglihatan namun Dia tidak dapat dicapai oleh segala penglihatan, sungguh aku akan bungkam lisan-lisan kalian dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung, dengan ayat-ayat Muhkamat dari Al-Qur’an Ummul Kitab, hinggalah kalian tidak merasa ada suatu keberatan dan keengganan dalam hati kalian, terhadap keputusan yang aku buat di antara kalian dengan kebenaran, lalu kalian menerimanya dengan sepenuh hati kalian sekiranya kalian benar-benar beriman.

Adapun sekiranya kalian mengabaikan ayat-ayat Muhkamat Ummul Kitab, lalu kalian mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat dari Al-Qur’an maka kalian binasa, kerana musuh-musuh Allah kelak akan meletakkan untuk kalian hadits-hadits yang serupa dengan tepat pada makna zahir ayat-ayat Mutasyabihat, yang tidak ada sesiapa mengetahui takwilnya selain Allah dan Dia tidak menjadikannya sebagai hujjah-Nya ke atas kalian; Bahkan kalian sebenarnya sama sekali tidak merujuk kepada Al-Qur’an itu, melainkan kepada ayat-ayatnya yang Mutasyabihat memandangkan ayat-ayat itu membuatkan kalian merasa kagum dan tertarik; kerana sesungguhnya ayat-ayat Mutasyabihat itu serupa dengannya pada makna zahir ayatnya, bagi hadits kebohongan dan pendustaan yang ada pada kalian.



ويا معشر الأنصار السابقين الأخيار وكافة الباحثين عن الحقّ، إني الإمام المهدي الحقّ من ربّكم سوف أعرّف لكم كيف تُميزون آيات القرآن المحكمات أمّ الكتاب عن آياته المتشابهات، فإنكم سوف تجدون بينهن اختلافاً وليس في آيات الله اختلافاً شيئاً، وإنما الآيات المتشابهات تخالف لمحكم القرآن في ظاهرهنّ وتأويلهنّ غير ما جاء في لفظهن الظاهري، ولذلك لا يعلم تأويل المتشابه إلا الله.

Wahai sekalian pendahulu Anshar-ku yang terpilih dan seluruh para pencari kebenaran, sesungguhnya aku adalah Imam Mahdi yang haq dari Tuhan kalian, kelak aku akan memberitahukan kepada kalian bagaimana kalian dapat membezakan dan mengenal pasti ayat-ayat Al-Qur’an yang Muhkamat sebagai Ummul Kitab, dari ayat-ayat Mutasyabihat. Kerana kelak kalian akan mendapati antara ayat-ayat itu ada pertentangan yang nyata, sedangkan pada ayat-ayat Allah tidak ada pertentangan sama sekali.

Ayat-ayat Mutasyabihat itu hanya bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an pada makna zahir ayatnya sahaja, kerana takwil ayat-ayat Mutasyabihat itu bukanlah pada lafaz zahir ayat. Sebab itulah tiada yang mengetahui takwil ayat-ayat Mutasyabihat kecuali Allah.



ولسوف أضرب لكم على ذلك مثلاً في عقيدة رؤية الله وآتي بالآيات المحكمات في هذا الشأن ومن ثمّ آتيكم بالمتشابهات اللاتي تخالف للمحكمات في ظاهرهنّ ولكن تأويلهنّ غير ما جاء في ظاهرهنّ لو كنتم تعلمون، ونبدأ بالآيات المحكمات في نفي العقيدة برؤية الله جهرة:
1- وقال الله تعالى:
{بَدِيعُ السموات وَالأرض ۖ أَنَّىٰ يَكُونُ له وَلَدٌ وَلَمْ تَكُن له صَاحِبَةٌ ۖ وَخَلَقَ كلّ شَيْءٍ ۖ وَهُوَ بِكلّ شَيْءٍ عَلِيمٌ ﴿
١٠١﴾ذَٰلِكُمُ اللَّـهُ ربّكم ۖ لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ خَالِقُ كلّ شَيْءٍ فَاعْبُدُوهُ ۚ وَهُوَ عَلَىٰ كلّ شَيْءٍ وَكِيلٌ ﴿١٠٢لَّا تُدْرِ‌كُهُ الْأَبْصَارُ‌ وَهُوَ يُدْرِ‌كُ الْأَبْصَارَ‌ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٠٣﴾}
صدق الله العظيم [الأنعام]

Kelak aku akan buatkan untuk kalian sebuah contoh terhadap yang demikian dalam akidah kepercayaan melihat Allah, dan aku akan datangkan kepada kalian ayat-ayat Muhkamat yang berhubungan dengan perkara ini, kemudian aku datangkan pula ayat-ayat Mutasyabihat yang bertentangan dengan ayat-ayat Muhkamat pada makna zahirnya, namun takwil ayat-ayat itu bukanlah seperti apa-apa yang terdapat pada zahir ayatnya seandainya kalian mengetahui.

Kita mulai dengan ayat-ayat Muhkamat yang menafikan akidah kepercayaan melihat Allah secara langsung:
1- Allah SWT berfirman:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (101) Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, maka beribadatlah kamu kepadaNya dan (ingatlah) Dialah yang mentadbirkan segala-galanya. (102) Dia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata) dan Dialah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (103)
Maha Benar Allah
(Al-An’aam)



2 - قال الله تعالى:
{وَلَمَّا جَاء مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ ربّه قَالَ ربّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَـكِنِ انظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى ربّه لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ موسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سبحانكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ}

صدق الله العظيم [الأعراف:143]


2- Firman Allah SWT:
Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu. Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu. Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah dia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku) (143)
Maha Benar Allah
(Al-A’raaf)


3 - وكذلك بيّن الله أنه ما كان لبشر أن يُكلِّمَه الله جهرةً. وقال الله تعالى:
{وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُ أنه عَلِيٌّ حَكِيمٌ}
صدق الله العظيم [الشورى:51]


3- Demikan juga Allah SWT menjelaskan bahawa tiada seorang manusia yang berkata-kata secara langsung dengan Allah. Firman Allah SWT:
Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi) atau dari sebalik hijab (dengan mendengar suara sahaja) atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana. (51)
Maha Benar Allah
(Asy-Syuuraa)



4 - وكذلك بيّن الله إنه لا يُكلّم النّاس يوم القيامة جهرةً بل من وراء حجابٍ، وبيّن لكم حجابه يوم القيامة أنه يُكلم النّاس من وراء الغمام وهو حجاب الربّ سبحانه. وقال الله تعالى:
{هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُور}
صدق الله العظيم [البقرة:210]

4- Demikan juga Allah SWT menjelaskan bahawa Dia tidak berkata-kata dengan manusia kelak pada Hari Kiamat secara langsung namun dari balik hijab, dan Dia menerangkan bagi kalian mengenai hijab-Nya kelak pada Hari Kiamat, bahawa Dia berkata-kata kepada manusia dari balik naungan awan, itulah hijab Tuhan Maha Suci Dia.

Allah SWT berfirman:

Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat [pada hari kiamat] dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. (210)
Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)


ومن ثمّ نأتي الآن للآيات المتشابهات في هذا الشأن ولكننا سوف نجدهنّ عكس المُحكم في ظاهرهنّ غير أن تأويلهنّ غير ما جاء في التشابه اللغوي في ظاهرهن.

Kemudian setelah itu, kami datangkan sekarang bagi ayat-ayat Mutasyabihat dalam perkara ini, namun kelak kita akan dapati ianya berlawanan dengan ayat-ayat Muhkamat pada zahirnya, kerana takwil ayat Mutasyabihat bukanlah pada apa-apa yang datang dalam keserupaan secara bahasa pada zahir ayat-ayatnya.

1 - قال الله تعالى:
{وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَ‌ةٌ ﴿٢٢إِلَىٰ ربّها نَاظِرَ‌ةٌ ﴿٢٣﴾}
صدق الله العظيم [القيامة]

1- Allah SWT berfirman:
Wajah-wajah [orang-orang mu’min] pada hari itu berseri-seri. (22) Kepada Tuhannyalah mereka melihat. (23)
Maha Benar Allah
(Al-Qiyaamah)


2 - قال الله تعالى:
{كَلَّا إِنَّهُمْ عَن ربّهم يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ ﴿١٥﴾ ثمّ إِنَّهُمْ لَصَالُو الْجَحِيمِ ﴿١٦﴾}
صدق الله العظيم [المطففين]

2- Firman Allah SWT:
Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari Tuhan mereka. (15) Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar masuk neraka. (16)
Maha Benar Allah
(Al-Muthoffifiin)


فأمّا المُحكم فهو محكم وجعله الله واضحاً بيِّناً يتكلم عن العقيدة برؤية الله بالنفي المُطلق في نفس وقلب الموضوع ظاهرهنّ كباطنهنّ لا يزيغ عمّا جاء فيهنّ إلا من في قلبه زيغٌ عن الحقّ فيتبع المتشابه الذي يخالف للمحكم في ظاهره، ولكن تأويله غير ظاهره ولذلك لا اختلاف ولا تناقض في القرآن العظيم،
وإنّي على بيان الآيات المتشابهات لقدير بإذن الله العلي القدير من يُعلّمني بذلك، ولكني أعلم إن الحجّة قد جعلها الله في المُحكم الذي أغناه الله عن تأويل ناصر محمد، فلا يزيغ عن محكم القرآن إلا من كان في قلبه زيغ فيتبع المتشابه الذي يخالف عن المُحكم في ظاهره ويختلف في تأويله، فأمّا المُحكم فلا ترونه يحتاج لبيان، ولكني سوف آتيكم بالبيان للمتشابه وذلك لكي أبيّن لكم أنه لا تناقض في القرآن كما يزعم الكافرون بالقرآن العظيم.

Adapun ayat-ayat Muhkamat, maka ia adalah muhkam yang jelas, nyata lagi terang maksudnya. Allah SWT telah menjadikannya jelas lagi menjelaskan, yang membicarakan mengenai akidah kepercayaan melihat Allah, dengan menafikannya secara keseluruhan dalam intisari dan intipati mengenai perkara ini.

Makna zahir ayatnya sama dengan makna batinnya, tiadalah yang cenderung menolak apa-apa yang terkandung dalam ayat-ayat Muhkamat selain orang yang dihatinya terdapat kecenderungan untuk menolak kebenaran, dengan mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat yang bertentangan dengan ayat-ayat Muhkamat pada zahirnya.

Padahal takwil ayat Mutasyabihat itu bukanlah terdapat pada makna zahir ayatnya, sebab itu tiada pertentangan dan perselisihan sama sekali dalam Al-Qur’an yang agung.
Sesungguhnya aku sanggup dan mampu untuk menjelaskan ayat-ayat Mutasyabihat dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Berkuasa, yang telah mengajarkan padaku mengenai perkara itu, namun aku tahu bahawa Allah telah menjadikan hujjah-Nya pada ayat-ayat Muhkamat, yang lebih dari cukup berbanding takwil Nasser Mohammed.

Oleh itu tiadalah yang cenderung menolak Muhkam Al-Qur’an kecuali orang yang pada hatinya terdapat kecenderungan menjauhi kebenaran, dengan mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an pada zahirnya dan berbeza pada takwilannya.

Adapun yang Muhkam, maka kalian tidak akan mendapati bahawa ianya memerlukan penjelasan, namun aku akan datangkan penjelasan bagi ayat Mutasyabihat. Demikian ini agar aku dapat menerangkan untuk kalian, bahawasanya tidak ada pertentangan dan perselisihan dalam Al-Qur’an, sebagaimana sangkaan orang-orang yang ingkar terhadap Al-Qur’an itu.

1 - قال الله تعالى:
{وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَ‌ةٌ ﴿٢٢﴾ إِلَىٰ ربّها نَاظِرَ‌ةٌ ﴿٢٣﴾}
صدق الله العظيم [القيامة]

1- Allah SWT berfirman:
Wajah-wajah [orang-orang mu’min] pada hari itu berseri-seri. (22) Kepada Tuhannyalah mereka melihat. (23)
Maha Benar Allah
(Al-Qiyaamah)



والتشابه اللفظي
{نَاظِرَةٌ}، ولكن الله يقصد الانتظار لرحمة الله وليس النظر إلى ذات الله. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآياتنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ كَتَبَ ربّكم عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ أنه مَن عَمِلَ مِنكُمْ سُوءًا بِجَهَالَةٍ ثمّ تَابَ مِن بَعْدِهِ وَأَصْلَحَ فَأَنَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ}
صدق الله العظيم [الأنعام:54]

Keserupaan secara lafaz pada kalimah
{نَاظِرَةٌ}
“Naadziroh” -diertikan sebagai “melihat”-, padahal yang Allah maksudkan adalah Al-Intidzoor li rahmatillaah –menunggu/menanti rahmat dari Allah, bukan melihat pada Dzat Allah.

Benarlah firman-Nya SWT:

Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): Bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian dia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (54)
Maha Benar Allah
(Al-An’aam)


بمعنى أنهم منتظرون لرحمة الله،
وذلك لأن التأويل الحقّ لناظرة هو منتظرة، ولذلك قالت ملكة سبأ:
{وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ}
صدق الله العظيم [النمل:35]

Ini bermakna bahawa mereka itu menunggu dan menantikan rahmat dari Allah. Demikian ini kerana takwil yang haq bagi kalimah “Naadziroh-Melihat” adalah “Muntazdziroh-Menunggu”. Sebab itu Ratu Saba’ mengatakan:
Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka,
fa-Naadziratun- kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita (35)

Maha Benar Allah
(An-Naml)


وليس ذلك قياساً وإنما لفهم كلمة ناظرة؛ هل بالإمكان أن تأتي بمعنى منتظرة؟ وذلك لأنه لا ينبغي أن يكون هناك تناقضاً بين القرآن العظيم فلا بد إنّ بيانها غير لفظها الظاهري المختلف مع المحكم ولكنه لا يخالفه في التأويل، فتبيّن لكم إن الوجوه الصالحة الناظرة إلى رحمة الله وليس ناظرة إلى ذات الله سبحانه وتعالى وعلواً كبيراً، وانظروا إلى الوجوه الأخرى فتجدون أنها لا تنتظر لرحمة الله بل تظنّ أن يُفعل بها فاقرة. وقال الله تعالى:
{وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ ( 24 ) تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ ( 25 )}
صدق الله العظيم [القيامة]

Demikian itu bukan berupa kiasan, namun ia hanyalah untuk memahami kalimah “Naadzirah”; Apakah kalimah itu dapat didatangkan dengan makna “Muntadziroh”-menunggu? Demikian ini kerana tidaklah layak adanya di situ sebarang perselisihan di antara ayat-ayat Al-Qur’an yang agung, jadi tentu penjelasannya bukan sepertimana yang terdapat pada lafaz zahir ayat yang bertentangan dengan Muhkam, namun ianya tidak bertentangan sama sekali pada takwilnya.

Maka dari itu, jelaslah bagi kalian bahawa wajah-wajah yang baik itu sedang menunggu rahmat dari Allah, bukannya ‘melihat’pada Dzat Allah, Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar. Lalu perhatikan wajah-wajah yang lain itu, maka kalian akan mendapati ianya tidak menunggu rahmat Allah, namun wajah-wajah orang kafir itu yakin bahawa mereka akan ditimpakan malapetaka yang dahsyat
.

Allah SWT berfirman:
Dan wajah-wajah [orang kafir] pada hari itu muram, (24) mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat. (25)
Maha Benar Allah
(Al-Qiyaamah)



إذاً وجوهٌ ظنّها في الله أن ينالها برحمته فهي ناظرة لرحمة ربها، وأمّا الباسرة فظنها في الله أنه سوف يفعل بها فاقرة، فما السبب وذلك لأن الباسرة محجوبة عن معرفة ربّها أنّه أرحم الراحمين، ولا يزال حجابهم عن معرفة الحقّ على قلوبهم. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَمَنْ كَانَ فِي هَذِهِ أَعْمَى فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَى وَأَضَلُّ سَبِيلاً}
صدق الله العظيم [الإسراء:72]

Jika demikian, ada wajah-wajah yang memiliki keyakinan terhadap Allah, bahawa kelak Dia akan melimpahkan rahmat-Nya kepada mereka, maka mereka menunggu rahmat dari Tuhan mereka. Adapun wajah-wajah yang muram itu, maka mereka itu berkeyakinan terhadap Allah, bahawa kelak mereka akan ditimpa malapetaka yang dahsyat. Penyebab terhadap yang demikian adalah kerana wajah-wajah yang muram itu terhalang dari makrifat terhadap Tuhannya, bahawasanya Dia-lah yang Paling Penyayang di antara para penyayang. Demikianlah hijab itu tetap menghalangi mereka dari makrifat terhadap kebenaran Al-Haq yang menutupi hati-hati mereka, benarlah firman Allah SWT:
Dan barangsiapa yang buta [hatinya] di dunia ini, niscaya di akhirat [nanti] ia akan lebih buta [pula] dan lebih tersesat dari jalan [yang benar]. (72)
Maha Benar Allah
(Al-Isra)




أولئك قلوبهم محجوبة عن معرفة ربّهم وما قدروه حقّ قدره ولذلك يسألون ملائكته؛ خزنة جهنّم من دونه. وقال الله تعالى:
{وَقَالَ الَّذِينَ فِي النّار لِخَزَنَةِ جهنّم ادْعُوا ربّكم يُخَفِّفْ عَنَّا يَوْماً مِنْ الْعَذَابِ (49)قَالُوا أَوَلَمْ تَكُ تَآتيكم رُسُلُكُم بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا بَلَى قَالُوا فَادْعُوا وَمَا دعاء الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ (50)}
صدق الله العظيم [غافر]

Itulah orang-orang yang hati mereka itu terhalang dari bermakrifat terhadap Tuhan mereka, dan mereka tidak mengenal Allah dengan pengenalan yang sebenar-benarnya, sebab itu mereka meminta kepada para Malaikat-Nya; para penjaga Neraka Jahannam selain kepada-Nya. Firman Allah SWT:
Dan orang-orang yang berada dalam neraka berkata kepada penjaga-penjaga neraka Jahannam: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu supaya Dia meringankan azab dari kami barang sehari". (49) Penjaga Jahannam berkata: "Dan apakah belum datang kepada kamu rasul-rasulmu dengan membawa keterangan-keterangan?" Mereka menjawab: "Benar, sudah datang". Penjaga-penjaga Jahannam berkata: "Berdo’alah kamu". Dan do’a orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia belaka. (50)
Maha Benar Allah
(Ghafir)


فانظروا للتعليق الحقّ على دُعائهم من ربّهم وهو قوله تعالى:
{وَمَا دعاء الْكَافِرِينَ إِلَّا فِي ضَلَالٍ} صدق الله العظيم، وذلك لأنهم يدعون غير الله فيلتمسون الرحمة عند عباده الذين هم أدنى رحمة من أرحم الراحمين ولذلك لم يجدوها، ولكن انظروا للذين دعوا ربّهم من أهل الأعراف فاستجاب لهم. وقال الله تعالى:
{وَإِذَا صُرِفَتْ أَبْصَارُهُمْ تِلْقَاءَ أَصْحَابِ النّار قَالُوا رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ ( 47 )}
[الأعراف]

Perhatikanlah kalian penjelasan yang haq terhadap do’a mereka dari Tuhan mereka pada firman-Nya SWT:
“Dan do’a orang-orang kafir itu hanyalah sia-sia belaka”- Maha Benar Allah. Demikian ini kerana mereka itu menyeru dan berdo’a kepada selain Allah, mereka meminta rahmat dan mencarinya di sisi hamba-hamba-Nya, yang lebih rendah kasih-sayang mereka jika dibandingkan dengan Kasih Sayang Allah, Yang Paling Penyayang di antara semua yang menyayangi, kerana itu mereka tidak mendapatkannya. Namun perhatikan orang-orang dari kalangan Penghuni A’raaf yang menyeru dan berdo’a kepada Tuhan mereka, maka Dia mengabulkannya:
Dan apabila pandangan mereka dialihkan ke arah penghuni neraka, mereka berkata: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim itu". (47)
Maha Benar Allah
(Al-A’raaf)


ومن ثمّ انظروا لردّ الله عليهم:
{ادْخُلُوا الجنّة لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمْ وَلَا أَنْتُمْ تَحْزَنُونَ}
صدق الله العظيم [الأعراف:49]

Lalu perhatikan jawaban Allah kepada mereka:
"Masuklah ke dalam surga, tidak ada kekhawatiran terhadapmu dan tidak [pula] kamu bersedih hati. (49)
Maha Benar Allah
(Al-A’raaf)


إذاً يا إخواني إنما الحجاب على القلب، وهذا الحجاب هو ذاته الذي كان على قلوبهم في الدُّنيا عن معرفة ربّهم. وقال الله تعالى:
{وَإِذَا قَرَأْتَ القرآن جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ حِجَابًا مَسْتُورًا ( 45 )}
صدق الله العظيم [الإسراء:45]

Jika demikian wahai saudaraku, hijab tersebut hanya menutupi dan menghalangi hati, inilah hijab yang sama telah menutupi dan menghalangi hati-hati mereka di dunia ini dari bermakrifat kepada Tuhan mereka. Allah SWT berfirman:
Dan apabila kamu membaca Al Qur’an niscaya Kami adakan antara kamu dan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, suatu dinding yang tertutup. (45)
Maha Benar Allah
(Al-Isra)


وذلك لأن الذين لا يعلمون سوف يتَّبعون هذه الآية، قال الله تعالى:
{كَلَّا إِنَّهُمْ عَن ربّهم يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ ﴿١٥﴾ ثمّ إِنَّهُمْ لَصَالُو الْجَحِيمِ ﴿١٦﴾}
صدق الله العظيم [المطففين]

Demikian ini kerana orang-orang yang tidak mengetahui itu, kelak mereka akan mengikuti ayat berikut, firman Allah SWT:
Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari Tuhan mereka. (15) Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar masuk neraka. (16)
Maha Benar Allah
(Al-Muthoffifiin)


فَيُظَنُّ إنَّ الصالحين ليس بينهم وبين ربّهم حجاب ولذلك يُشاهدونه، وإنما الحجاب عن ربّهم للكافرين ومن ثمّ يستدل بهذه الآية المتشابهة
{كَلَّا إِنَّهُمْ عَن ربّهم يَوْمَئِذٍ لَّمَحْجُوبُونَ ﴿١٥﴾ ثمّ إِنَّهُمْ لَصَالُو الْجَحِيمِ ﴿١٦﴾} صدق الله العظيم، فيتبع المتشابه ويذر المُحكم في هذا الشأن.

Lalu diyakini bahawa orang-orang sholeh itu, tidak ada hijab penghalang antara mereka dan Tuhan mereka, maka mereka dapat melihat-Nya. Diyakini pula bahawa hijab yang menutupi dan menghalangi itu hanyalah bagi orang-orang kafir, dengan mengambil dalil dari ayat Mutasyabihat ini
“Sekali-kali tidak, sesungguhnya mereka pada hari itu benar-benar terhalang dari Tuhan mereka. (15) Kemudian, sesungguhnya mereka benar-benar masuk neraka. (16)” Maha Benar Allah, menyebabkan mereka mengikuti ayat Mutasyabihat dengan meninggalkan Muhkam Al-Qur’an yang jelas dalam perkara ini.


ولكني أبشركم برؤية نور الله من وراء الغمام يوم القيامة. وقال الله تعالى:
{وَأَشْرَ‌قَتِ الأرض بِنُورِ‌ ربّها وَوُضِعَ الْكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاءِ وَقُضِيَ بَيْنَهُم بالحقّ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ ﴿٦٩﴾ وَوُفِّيَتْ كلّ نَفْسٍ مَّا عَمِلَتْ وَهُوَ أَعْلَمُ بِمَا يَفْعَلُونَ ﴿٧٠﴾}
صدق الله العظيم [الزمر]

Namun begitu aku sampaikan berita gembira untuk kalian, dengan penglihatan terhadap cahaya Allah dari balik naungan awan pada Hari Kiamat kelak. Firman Allah SWT:
Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan) dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. (69) Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang, balasan apa yang telah dikerjakannya dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan. (70)
Maha Benar Allah
(Az-Zumar)



ولكن هذا النور يشعُّ من وجه الله من وراء الغمام. تصديقاً لقول الله تعالى:
{وَيَوْمَ تَشَقَّقُ السَّمَاءُ بِالْغَمَامِ وَنُزِّلَ الْمَلَائِكَةُ تَنْزِيلًا ( 25 ) الْمُلْكُ يَوْمَئِذٍ الحقّ لِلرَّحْمَنِ وَكَانَ يَوْمًا عَلَى الْكَافِرِينَ عَسِيرًا ( 26 ) وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَالَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سبيلاً ( 27 )}
صدق الله العظيم [الفرقان]

Begitupun, cahaya ini terpancar dari Wajah Allah dari balik naungan awan. Sesuai firman Allah SWT:
Dan (sebutkanlah perihal) hari segala langit pecah-belah (disertakan) dengan kumpulan awan (yang berisi malaikat) dan (pada hari yang tersebut) diturunkan malaikat itu dengan cara berpasuk-pasukan. (25) Kuasa pemerintahan yang sebenar-benarnya pada hari itu adalah tertentu bagi Allah Yang Maha melimpah rahmatNya dan adalah ia satu masa yang amat sukar keadaannya kepada orang-orang kafir. (26) Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? (27)
Maha Benar Allah
(Al-Furqon)



وما هو الغمام الذي تشقق به السماوات؟ وإليكم الفتوى الحقّ أنه حجاب وجه الله سبحانه وتعالى علواً كبيراً. تصديقاً لقول الله تعالى:
{هَلْ يَنْظُرُونَ إِلاَّ أَنْ يَأْتِيَهُمُ اللَّهُ فِي ظُلَلٍ مِنَ الْغَمَامِ وَالْمَلائِكَةُ وَقُضِيَ الأَمْرُ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الأمُورُ}
صدق الله العظيم [البقرة:210]

Apakah naungan kumpulan awan yang dengannya langit pecah-belah? Untuk kalian fatwa yang haq bahawasanya itulah hijab bagi Wajah Allah Maha Suci Dia lagi Maha Luhur, Maha Tinggi lagi Maha Besar. Benarlah firman Allah SWT:
Tiada yang mereka nanti-nantikan melainkan datangnya Allah dan malaikat [pada hari kiamat] dalam naungan awan, dan diputuskanlah perkaranya. Dan hanya kepada Allah dikembalikan segala urusan. (210)
Maha Benar Allah
(Al-Baqarah)


إذاً يا معشر علماء الأمّة إني أُحذركم كما حذَّركم الله أن تتبعوا المتشابه من القرآن الذي لا يعلم تأويله إلا الله ويُعلّم به من يشاء وتذرون المُحكم الواضح والبيّن من آيات أمّ الكتاب وهُنّ حجّة الله عليكم لو كنتم تعلمون. ومن اتّبع المتشابه والذي لا يعلمُ تأويله إلا الله ويذر المُحكم الواضح والبيّن من آيات أمّ الكتاب فليعلم أنّ في قلبه زيغٌ عن الحقّ وقد ضلّ عن سواء السبيل،

Jika demikian wahai ulama umat, aku peringatkan kalian sebagaimana Allah SWT memperingatkan kalian agar tidak mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat dari Al-Qur’an. Tidak ada sesiapa mengetahui takwilnya kecuali Allah, dan Dia mengajarkan takwil itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.

Kalian mengabaikan Muhkam yang jelas lagi menjelaskan dari ayat-ayat Ummul Kitab berupa ayat-ayat pokok isi, intipati dan intisari dari kandungan Al-Qur’an, itulah yang menjadi hujjah Allah ke atas kalian sekiranya kalian mengetahui. Barangsiapa yang mengikuti ayat-ayat Mutasyabihat yang tiada sesiapa tahu takwilnya selain Allah, dengan meninggalkan dan mengabai Muhkam Al-Qur’an yang jelas lagi menjelaskan dari ayat-ayat Ummul Kitab, maka ketahuilah olehnya bahawasanya dalam hatinya terdapat kecenderungan untuk menjauhi dan menolak kebenaran, dan dia telah tersesat dari jalan yang lurus.


وذلك لأن المُفترين سوف يستغلون الآيات المتشابهات فيأتون بأحاديث تتشابه مع المتشابهة في ظاهرها بالضبط، إذاً أين التأويل؟ وذلك لأن من المفروض أن الحديث يأتي ليفسرها لنا كمثل قول الله تعالى:
{وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ(24) تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ(25)} صدق الله العظيم، ومن ثمّ يوضع حديث بمكرٍ وافتراءٍ عن محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - أنه قال:
[ سوف ترونَ ربّكم يوم القيامة جلياً كما ترون البدر لا تُضامون في رؤيته ]

Demikian ini kerana kelak orang-orang yang mengada-adakan kedustaan dan kebohongan akan mengeksploitasi dengan menyalahgunakan ayat-ayat Mutasyabihat, dengan cara mendatangkan hadits-hadits yang serupa pada makna zahir ayat-ayat itu secara tepat, jika begitu di mana pula takwilnya?Ini kerana seharusnya hadits itu datang sebagai tafsiran bagi ayat Al-Qur’an untuk kita, seperti firman Allah SWT: Dan wajah-wajah [orang kafir] pada hari itu muram, (24) mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat. (25) Maha Benar Allah.

Lalu hadits dengan tipudaya dan pendustaan terhadap Muhammad Rasulullah SAW diletakkan dan dikatakan dari Rasul bahawa baginda SAW bersabda:

[Kalian akan melihat Tuhan kalian kelak pada Hari Kiamat dengan sejelas-jelasnya, sebagaimana kalian menyaksikan bulan purnama dan kalian tidak terhalang dari melihatnya]


ومن ثمّ يزعم الجاهلون أن هذا الحديث جاء تأويلاً لقوله تعالى:
{وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ ( 24 ) تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ ( 25 )} صدق الله العظيم، إذاً أين التأويل؟ فإذا حكمنا على ظاهرها فسوف نتَّبع هذا الحديث المتشابه مع ظاهرها بالضبط، ولكن المُحكم لكم لبالمرصاد لأنه يأتي يتكلم في نفس الموضوع وينفي هذا الحديث جُملةً وتفصيلاً ويختلف معه اختلافاً كثيراً، وإنما لجأوا للقرآن؛ للمتشابه فقط وليس للمُحكم بل أعجبهم من القرآن المتشابه فيبتغونه برهاناً لحديث الفتنة ويبتغون هذا الحديث تأويلاً لهذه الآية المتشابهة. ولذلك قال الله تعالى:
{هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيات محكمات هُنَّ أمّ الكتاب وَأُخَرُ متشابهات فأمّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابتغاء الْفِتْنَةِ وَابتغاء تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلَّا اللَّهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كلّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّا أُوْلُوا الأَلْبَابِ}
صدق الله العظيم [آل عمران:7]

Melalui hadits tersebut, orang-orang yang bodoh menyangka ia datang sebagai takwil terhadap firman Allah SWT: “Dan wajah-wajah [orang kafir] pada hari itu muram, (24) mereka yakin bahwa akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat. (25) Maha Benar Allah”. Jika demikian mana takwilnya? Sekiranya kita menetapkan keputusan berdasarkan pada makna zahirnya, maka kelak kita akan mengikuti hadits yang serupa pada makna zahir ayat dengan tepat.

Akan tetapi ayat-ayat Muhkamat-lah yang perlu kalian teliti dan perhatikan, kerana ia berbicara pada inti tajuk pembicaraan dengan menafikan hadits ini secara keseluruhan, dan ternyata ianya bertentangan sama sekali dengan Muhkam Al-Qur’an. Mereka datang merujuk Al-Qur’an; hanya kepada ayat-ayat Mutasyabihat sahaja, bukan merujuk dan memperhatikan ayat-ayat Muhkamat, kerana mereka kagum dan menyenangi ayat-ayat Mutasyabihat dari Al-Qur’an itu dengan mencari-cari pembuktian bagi hadits fitnah tersebut, dan menginginkan hadits tersebut menjadi takwilan bagi ayat Mutasyabihat ini. Sebab itulah Allah SWT berfirman:
Dia-lah yang menurunkan Al Kitab [Al Qur’an] kepada kamu. Di antara [isi]nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah Ummul Kitab pokok-pokok isi Al Qur’an dan yang lain [ayat-ayat] mutasyaabihaat. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami." Dan tidak dapat mengambil pelajaran [daripadanya] melainkan orang-orang yang berakal. (7)
Maha Benar Allah
(Ali Imron)



ولكني أشهدُ الله إني أدعوكم وأحاجّكم بمُحكم القرآن العظيم والذي لم يجعله الله بحاجة للتأويل؛ واضحٌ وبيِّنٌ ظاهره كباطنه، فهل أنتم مُتبعونِ؟ وإن ظللتم تتبعون ما خالف لمُحكم القرآن من السُّنة يا معشر علماء السُّنة فلن تجدوا لكم من دون الله ولياً ولا نصيراً بعد أن جاءكم التفصيل من ربكم، وكذلك أنتم يا معشر علماء الشيعة فإن ظللتم تتبعون لما يخالف من روايات العترة عن محكم القرآن فلن تجدوا لكم من دون الله ولياً ولا نصيراً.

Namun aku bersaksi kepada Allah bahawa sesungguhnya aku menyeru kalian dan menghujjah kalian dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung, dengan ayat-ayat Muhkamat yang Allah tidak menjadikan ianya perlu kepada takwil lagi; kerana ia jelas lagi menjelaskan, zahirnya sama seperti batinnya, apakah kalian akan mengikutinya? Sekiranya kalian tetap mengikuti Sunnah yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an wahai sekalian ulama Ahli Sunnah, maka kalian tidak akan mendapatkan seorang pembela maupun penolong bagi kalian selain Allah, setelah datang kepada kalian penjelasan dari Tuhan kalian.

Demikian juga kalian wahai sekalian ulama Syi’ah, sekiranya kalian tetap mengikuti riwayat-riwayat Ahlul Bayt yang bertentangan dengan Muhkam Al-Qur’an, maka kalian juga tidak akan menemukan seorangpun pembela ataupun penolong bagi kalian selain dari Allah.



ويا معشر الأنصار السابقين الأخيار والباحثين عن الحقيقة بلّغوا بياني هذا لمعشر السُّنة والشيعة لعلهم يتقون، وبشّروهم إنَّ الله قد ابتعث الإمام المهدي إليهم بالبيان الحقّ للقرآن العظيم ويُحاجّهم بمُحكم القرآن العظيم ويحكم بينهم في جميع ما كانوا فيه يختلفون، فيستنبط الحكم الحقّ بينهم من محكم القرآن وعداً علينا بالحقّ بإذن الله ربّ العالمين؛ المُعلِّم لعبده ونعم المُعلِّم ونعم المولى ونعم النّصير، وأخبروهم إنَّ مذهب آبائي شافعيٌّ سُنّي، ولكني أعلن الكفر بالتعددية المذهبية جُملةً وتفصيلاً، مستمسك بكتاب الله وسنّة رسوله الحقّ ومن أتباع محمد رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، ولا أعلمُ بنبيٍّ ولا رسولٍ من بعد محمدٍ رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - حتى أكون من أتباعه، ولذلك جعل الله في اسمي خبري وعنوان أمري (ناصر محمد)، ولذلك تَرون اسمي في رايتي لأن الله جعل في اسمي حقيقةً لأمري ناصراً لما جاءكم به محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - وفي ذلك تكمن حكمة التواطؤ للاسم محمد في اسمي في اسم أبي، وذلك لأني لستُ مُبتدعاً بل مُتبعاً لمحمدٍ رسول الله صلّى الله عليه وآله وسلّم، وأدعو على بصيرةٍ من ربّي وهي ذاتها بصيرة محمد رسول الله - صلّى الله عليه وآله وسلّم - كتاب الله وسنّة رسوله الحقّ. تصديقاً لقول الله تعالى:
{قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ على بصيرةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسبحان اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ( 108 )}
صدق الله العظيم [يوسف]

Wahai sekalian pendahulu Ansharku yang terpilih beserta seluruh para pencari kebenaran, sampaikanlah keteranganku ini kepada seluruh kaum Sunni dan Syi’ii mudah-mudahan mereka bertakwa.

Sampaikan berita gembira kepada mereka bahawa Allah SWT telah mengutus Imam Mahdi kepada mereka dengan Bayan Haq –keterangan yang benar- bagi Al-Qur’an yang agung. Imam Mahdi berhujjah terhadap mereka dengan Muhkam Al-Qur’an yang agung, dan menetapkan sebuah keputusan hukum di antara mereka dalam semua perkara yang mereka perselisihkan. Imam mengeluarkan dan menetapkan hukum yang haq di antara mereka dari Muhkam Al-Qur’an, sebagai sebuah janji yang benar dari kami dengan haq, dengan izin Allah SWT Tuhan Semesta Alam; Yang mengajarkan hamba-Nya sedang Dia adalah sebaik-baik pelindung, dan Dia-lah sebaik-baik yang memberikan pertolongan.

Beritahukan juga kepada mereka bahawa mazhab leluhurku adalah mazhab Syafi’i dan mereka Sunni, namun aku menyatakan keingkaranku terhadap berbilang-bilang mazhab secara total, dengan berpegang teguh pada Kitabullah Al-Qur’an dan Sunnah Rasul-Nya yang haq, kerana aku termasuk pengikut Muhammad Rasulullah SAW.

Aku tidak mengetahui ada nabi atau rasul sesudah baginda Muhammad Rasulullah SAW yang dapat aku ikuti, kerana itulah Allah SWT telah menjadikan pada namaku terdapat berita dan lambang urusanku

(ناصر محمد)
Pembela/Pembantu/Penolong Muhammad,
sebab itulah kalian akan menemukan namaku pada Panjiku, kerana Allah SWT telah menjadikan pada namaku terdapat hakikat bagi urusanku, sebagai Naashiron -pembela- terhadap ajaran yang dibawa Muhammad SAW kepada kalian.

Pada yang demikian itu terkandung hikmah persekongkolan nama Muhammad SAW dengan namaku pada nama ayahku, kerana aku bukanlah pencetus sesuatu yang baru, namun aku adalah pengikut Muhammad Rasulullah SAW. Aku menyeru dengan bashirah ilmu pengetahuan dengan hujjah yang nyata dari Tuhanku dan ia adalah bashirah ilmu pengetahuan yang sama dengan Muhammad Rasulullah SAW – Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya yang haq. Sesuai firman Allah SWT:

Katakanlah: "Inilah jalan [agama] ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak [kamu] kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (108)
Maha Benar Allah
(Yusuf)



ويا نسيم، أرجو من الله أن يهديك إلى الصراط المستقيم فتكون من السابقين الأنصار الذين صدّقوا بالبيان الحقّ للقرآن صفوة البشريّة وخير البريّة الذين صدَّقوا في عصر الحوار من قبل ظهور المهدي المنتظر على كافة البشر بكوكب سقر في ليلةٍ وهم صاغرون..

Wahai saudara Naseem, aku berharap dari Allah supaya Dia memberimu petunjuk ke Jalan Yang Lurus, agar engkau termasuk kalangan Pendahulu Anshar yang membenarkan Bayan Yang Haq (keterangan Al-Mahdi) bagi Al-Qur’an, mereka adalah manusia pilihan dan sebaik-baik makhluk yang telah membenarkan pada zaman hiwar sebelum tiba zaman kemunculan Al-Mahdi Al-Muntazhar ke atas sekalian manusia dengan Kaukab Saqor pada satu malam sedang mereka tunduk merendahkan diri..


وسلام الله عليك يا نسيم ورحمة من لدنه وبركاته، وأستحلفك بالله أن لا تُصدّقني حرجاً مني ما لم ترَ أن ناصر محمد اليماني ينطقُ بالحقّ ويهدي إلى صراطٍ مستقيم.

Semoga kesejahteraan dari Allah tetap ke atasmu wahai saudara Naseem beserta rahmat dari sisi-Nya dan keberkahan dari-Nya, aku mohon sangat-sangat darimu demi Allah, agar engkau tidak membenarkanku selagi engkau tidak melihat bahawa Nasser Mohammed Al-Yamani mengatakan kebenaran dan memberi petunjuk ke Jalan Yang Lurus,


وسلامٌ على المرسلين, والحمدُ لله ربّ العالمين..
الإمام المبين؛ الداعي إلى الصراط المستقيم الذليل على المؤمنين العزيز على الكافرين؛ ناصر محمد اليماني.

Salam sejahtera ke atas para rasul dan
segala puji hanya bagi Allah Tuhan Semesta Alam..

Imam yang nyata menyeru ke Jalan Yang Lurus,
rendah hati terhadap orang-orang yang beriman
dan keras terhadap orang-orang kafir,

Nasser Mohammed Al-Yamani

_________________________




Sumber:
https://albushra-islamia.org/showthread.php?p=5134