sumber
- 6 -
Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
18 - 07 - 1430H
11 - 07 - 2009M
1:49 am
ــــــــــــــــــ
Tidak Diperbolehkan Bagi Wanita Untuk Berhias Diri Dan Berkelakuan Seperti Orang-orang Jahiliyah Yang Dahulu Ketika Mengerjakan Haji..
Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim, selawat dan salam ke atas Penutup para nabi dan rasul, juga ke atas keluarga Nabi yang baik dan bersih dari kotoran syirik..
Saudaraku yang bertanya, aku bersaksikan Allah, bahawasanya aku tidak bersetuju dengan semua orang yang berfatwa mengenai aurat wanita yang terdedah semasa berhaji, kecuali perempuan-perempuan yang telah lanjut usia, Allah mengizinkan mereka menampakkan wajah dan kedua telapak tangan
Adapun para pemudi anak-anak wanita yang remaja juga yang dewasa, maka mereka berkewajiban berhijab menutup aurat di antara para ajnabi dari kalangan jemaah haji di Baitullah Al Haram, tidak diperbolehkan bagi mereka buat menimbulkan fitnah terhadap para jemaah Baitullah Al Haram
Barangkali ada orang-orang yang mengatakan terhadap Allah pada perkara yang mereka tidak tahu, mungkin mereka mahu mengatakan:
"Wahai Naser Mohammed Al Yamani, sesungguhnya jemaah haji tidak akan tengok orang perempuan"
Oleh itu kami katakan padanya:
Jika begitu menurutmu, pergilah kepada para jemaah haji dan lihatlah mereka dengan mata kepalamu sendiri, engkau akan dapati banyak dari mereka yang melihat wanita cantik, tiadalah mereka dapat menjaga dan menundukkan pandangan mereka melainkan setelah beberapa ketika
Wanita (yang tidak berhijab) telah menyebabkan terjadinya dosa bagi jemaah haji, yang datang berziarah mengunjungi Rumah Allah supaya Allah mengampuni dosa dan kesalahan mereka
Namun tatkala para wanita tidak berada berdekatan dengan salah seorang dari jemaah haji yang ajnabi, mereka diperbolehkan untuk mengangkat khimar yang menutupi wajah mereka, sehinggalah bilamana salah seorang jemaah haji yang ajnabi menjadi dekat dengan mereka, mereka wajib menutupi dengan khimar mereka kembali hingga ke dada
(termasuk wajah)
Sebagaimana yang telah dilakukan oleh Aisyah dan para wanita sahabat yang baik; semoga Allah meredhai Aisyah dan para muslimah yang bersamanya, semoga Allah mengampuni mereka semua, sesungguhnya ramai wanita muslimah yang telah berhaji bersama Rasulullah -shollallaahu ‘alayhi wasallam-, perhatikanlah ucapan Aisyah, semoga Allah meredhainya, meredhai kita dan semua umat Islam
Aisyah telah berkata:
Kami bersama Rasulullah -shollallaahu 'alayhi wasallam- melakukan ihram. Banyak rombongan yang melewati kami. Apabila mereka berpapasan dengan kami, maka kami menurunkan jilbab dari kepala menutupi wajah. Ketika kami sudah lewat maka kami singkap kembali wajah kami
Benarlah ucapan Aisyah, dengan kebenaran dia telah menyatakan, dan aku terhadap yang demikian ini benar-benar dari kalangan yang menjadi saksi, bahawasanya tidak diperbolehkan bagi wanita untuk berhias diri dan berkelakuan seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu ketika mengerjakan haji..
Salam ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam..
Saudara kalian Al Imam Naser Mohammed Al Yamani
ـــــــــــــــــــــ
اقتباس المشاركة 4489 من موضوع بيان الحجاب الإسلامي إلى كافة نساء الأمّة..
- 6 -
الإمام ناصر محمد اليماني
18 - 07 - 1430 هـ
11 - 07 - 2009 مـ
01:49 صباحاً
ــــــــــــــــــ
لا يجوز للمرأة أن تتبرج تبرج الجاهليّة الأولى في الحجيج ..
بسم الله الرحمن الرحيم، والصلاة والسلام على خاتم الأنبياء والمُرسلين وآله الطيبين الطاهرين..
أخي السائل، أشهدُ الله أنّي أخالف كافّة الذين يُفتون عن كشف عورة المرأة في الحجيج إلا القواعد من النساء فسمح الله لهن كشف الوجه والكفين وأما الشابات فيلتزمن بالحجاب بين الأجانب من حُجاج بيت الله الحرام، فلا يجوز لهنّ فتنة حُجاج بيت الله الحرام.
ولربّما يودّ الذين يقولون على الله ما لا يعلمون: "يا ناصر محمد اليماني إن الحاج لن ينظر للمرأة". ومن ثم نقول له: إذاً اذهب للحجيج وانظر بعينك إلى الحجاج ترى كثيراً منهم ينظر للمرأة الجميلة فلا يستطيع أن يغضّ بصره إلا بعد حين، وتسببتْ في إثمٍ لهذا الحاجّ الذي جاء لزيارة بيت ربِّه ليكفِّر عنه خطاياه.
ولكن يُسمح لها إذا لم يكن قريباً منها أحد الحُجّاج الأجانب أن ترفع الخِمار عن وجهِها حتى إذا اقتربَ منها أحد الحُجّاج الأجانب فيلزمها أن تضرب بخِمارها على صدرها كما فعلت عائشة ونساء الصحابة الأخيار؛ الله يرضى عنها وعنهنّ ويغفر لهنّ جميعاً فقد حجّ مع رسول الله -صلى الله عليه وآله وسلم- كثيرٌ من نساء المُسلمين، فانظروا لقول عائشة الله يرضى عنها وعنّا وعن جميع المُسلمين، وقالت: [كان الركبان يمرون بنا ونحن محرمات مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فإذا حاذوا بنا سدلت إحدانا جلبابها من رأسها على وجهها فإذا جاوزونا كشفناه].
وصدقت وبالحق نطقت، وأنا على ذلك لمن الشاهدين أنّهُ لا يجوز للمرأة أن تتبرج تبرج الجاهليّة الأولى في الحجيج.
وسلامٌ على المُرسلين، والحمدُ لله ربّ العالمين..
أخوكم الإمام ناصر محمد اليماني.
ـــــــــــــــــــــ
اقتباس المشاركة 296405 من موضوع Bayan Keterangan Mengenai Hijab Islami Untuk Seluruh Wanita Umat Islam..
اضغط هنا لقراءة البيان المقتبس..